Ahad, 22 Julai 2012

Hidup

Apalah aku ni. Asyik-asyik tukar templat blog saja. Tengok orang lain punya paparan nampak elok sikit je, aku nak tiru sama.

Tapi tak mengapakan kalau meniru yang baik-baik. Itu menunjukkan bahawa blog kita ini hidup. Ada perkembangan kearah yang positif. Kalau blog sesaorang itu agak stereotaip saja, itu macam ada yang tak kena.

Hidup ini juga begitu. Kena selalu ada ubahsuai, tolak bahagi di sana sini. Barulah meriah.

Semalam aku ke Carrefour, Seberang Jaya. Dah lama tak ke sini. Mulanya ke toko buku Hasani. Konon nak cari cakerapadat lagu-lagu raya. Tak ada jual pulak. Asyik-asyik stok cakerapadat yang sama macam bulan-bulan lalu. Bacaan Quran yang terbaru pun tak ada.

Aku naik ke atas. Harap-harap dalam Carrefour ada dijual cakera padat lagu raya yang menarik. Jenuh juga mencari rak jualan cakerapadat. Dah berubah layout rak. Intai juga  cakerapadat Ebiet G Ade, penyanyi lagu-lagu puisi dan kemanusiaan kegemaranku. Ada tapi kebanyakannya lagu-lagu yang aku dah miliki.

kredit
Alih-alih ternampak buku ini bersusun-susun di meja. Aku ambil satu dan curi-curi baca. Satu waktu dulu aku memang suka membaca buku biografi orang-orang yang ternama. Aku pernah membaca buku tentang Tun Daim, Tan Sri P Ramlee, Wali 9, Imam Hasan Al Banna dan Tok Guru Nik Aziz. Membaca kisah hidup mereka ini memerlukan kekuatan fikiran dan kesabaran.

11 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM.

Beli tak buku tu?

nurazzah8 berkata...

Assalamu'alaikum IM,

Ya..hidup ini sentiasa memerlukan pembaharuan..supaya ceria dan otak kita sentiasa berfikir..blog saya pun sudah bertahun sama saja..memang nampak boring, tapi saya tak sempat nak duduk lama depan laptop nak godek-godek template baru ..IA jika ada masa kelapangan saya pun nak tukar templat...hehe

cantik templat IM kali ni, sesuai dengan tema Ramadhan sekarang...

nurazzah8

❤Kamsiah❤ berkata...

dah lama tak ke c4...sejak giants dam tesco buka kat kulim....

NoorVictory berkata...

Ouh, nak tukar jugak la template blog. Hehe

Saya mahu cuba-cuba baca buku-buku tokoh-tokoh ternama. Selalu mengelak bahan bacaan berat. Huhu

insan marhaen berkata...

kakcik,
tak beli sebab tau dah. Takkan ada masa untuk baca. sejak ada internet ni, akhbar pun IM jarang beli dan baca.

Buku kat rumah pun masih banyak yang tersimpan bertahun-tahun lamanya dah tak buka.

nurazzah,
orang yang sibuk memang gitu. kawan baik IM - blogger Jendela Hatiku juga dah lama tak kemaskini blog dia sebab sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan.

ada juga sesetengah tu memang tak rajin tukar templat blog.

kamsiah,
IM pun dah lama tak ke sana sebenarnya. keluarga kecil macam IM ni beli kat kedai-kedai dekat rumah rasanya lebih memudahkan.

noorvicory,
kebanyakan buku biografi yang saya pernah baca tak tebal macam buku Cek Det ni. jenuh juga nak baca tu. tapi seimbas yang IM baca hari tu, bahasanya mudah. dan isinya juga boleh kita fahami sebab dia menceritakan pengalamannya semasa menjadi PM.

Ibu n Abah berkata...

Dah lama tak ke carrefour seberang jaya..
Jika waktu masih tinggal di Penang, mmg antara tempat shopping barang keperluan...

Mario berkata...

klu lagu2 ni biasanya dload je... tp skrg dah lama tak dload...jarang dengar radio...

SK Kota Warisan, Sepang Selangor berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Anonymous one berkata...

Saya pun dah lama tak beli buku, ingat dpt elaun ni nak belilah.. saya ada dpt baucer discoun.. entah sempat atau tidak.

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
tak pi pun tak per. tu syarikat yahudi.

mario,
IM pernah muaturun dari internet tapi tak sedap. dengar tulen dari cakerapadat juga yang best!

ao,
beli mesti dengan azam untuk membacanya hingga tamat.

a.samad jaafar berkata...

salam abg IM,
rindu jgk nak kembalikan minat membaca spt dulu.. beli..dh beli dh.. baca je yg belum hihihi..