Sabtu, 21 Julai 2012

Kesian

Balik dari kerja tadi, aku singgah di Bazaar Ramadhan, Kubang Semang untuk beli ayam. Kali ini saiz ayam kecil-kecil sahaja. Aku ambil yang sudah siap potong. Sepinggan RM5.


Aku bagitahu Angah supaya balik kerja nanti pergi beli perkakasan untuk masak ayam berkicap dengan Ayu. Beria-ia sangat ibu_suri nak makan bila sahur nanti.

"Alamak... ayah. Nanti Angah talipon master chef Along. Tanya macammana cara nak masak..!|"

"Pulak...!"

Dalam hatiku berbisik;

'Kesian Ayu. Sejak dia jadi menantu aku, dia selalu kena memasak untuk kami. Kalau di rumah dia sendiri, tentu mak dia yang memasakkan untuknya.'

Sebab itu walau apapun yang dia masak untuk kami, aku selalu mengatakannya....sedap. Sememang pun, aku tak cerewet sangat pasal makan!

12 ulasan:

Maiyah berkata...

salam..

kalau sy suka yg kecik2..
sdp kunyah tulang tu hehe

Ibu n Abah berkata...

IM..
Alhamdulillah.. Dapat menantu yg boleh diharapkan...
Untung angah...

NoorVictory berkata...

Hehehe~ saya suka makan ayam masak kicap pekat2..;)

Saya pun kurang cerewet kalau pasal makan. Kawan-kawan semua cakap saya senang dibela. Hehehe

a.samad jaafar berkata...

ohh..dh ada menantu.. saya suka org yg tak cerewet ttg makanan.. sbb saya tak begitu..cuma, saya tak kuat komplen masakan yg dihidang pada saya..

insan marhaen berkata...

maiyah,
kecik-kecik kerap kena ulang...

ibu n abah,
sebenarnya semua itu terletak di atas sikap mertua terhadap menantu.

noor,
jangan terlalu kerap makan. nanti kulit hitam..he..he..

a.samad,
IM juga sebolehnya tak mahu komplen. sunnah nabi tu...

Citarasa Rinduan berkata...

kalau dekat hari2 ayu bawakah sepiring lauk untuk IM skluaraga


salam ramadhan

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Dah tukar dinding blog ya.. kak pun suka ayam yang bertulang dan kecil seperti yang Maiyah suka.. selamat berpuasa dan beramal ya..InsyaAllah ada ganjaran buat menantu..

norh berkata...

Selamat berpuasa IM..

❤Kamsiah❤ berkata...

pentingnya anak gadis kena tahu memasak(walaupun tak terer)..kalau dok bersama mertua...dalam keadaan terdesak...kena la turun kedapur,kan...

insan marhaen berkata...

cr,
dah lama IM tak merasai suasana saling bertukar lauk dengan jiran-jiran seperti masa di kampung dulu.

werdah,
sejak berumur ni IM dah tak suka makan ayam.

norh,
selamat berpuasa. muga ramadhan kali ini penuh keberkatan.

kamsiah,
anak-anak sekarang pantang besar aje dah nak pi kerja. mana sempat belajar memasak. macam ayulah agaknya....

makchaq berkata...

Makchaq la ni tak berapa lalu ayam.. ayam kampung boleh gagah...
Alhamdulillah IM dapat menantu yg rajin membantu..

Anonymous one berkata...

baiknya IM... :D