Selasa, 17 Julai 2012

Naik Lagi


Bila terasa susah untuk bangun dari sujud atau bertinggung aku tahu itu pertanda berat badan kembali naik. Pagi tadi aku sengaja timbang badanku. Yup...tak salah lagi.

Sejak selalu bawa ibu_suri siar-siar hingga larut malam dan di sana ada agenda makan minum; berat badan aku  menjadi tak keruan. Aku selalu merungut hal ini kepada ibu_suri. Tau apa katanya?

I tak suruh you makan. I selalu suruh you larang I makan tapi you biaq I makan jugak!”

Gedebusyy….. aku malas nak cakap lagi.

Tetapi kekadang terfikir juga;  kenapa mudah sangat menyalahkan orang lain apabila kita berhadapan dengan sesuatu permasaalahan?  Tidak kita lihat kelemahan diri kita sendiri lebih dulu yang mudah kalah dengan godaan. Hingga akhirnya kita hanyut dan lemas bersama keadaan sekeliling?

Biarlah ibu_suri yang makan kalau dilarang pun dia masih membentak mahu juga. Aku tengok sahaja sudahlah.

Ini tidak, aku juga sama tumbas menyuap ke mulut sendiri. Habih…?

9 ulasan:

Granny Hani berkata...

Akak punnn..tak pernah turun turun.

kakcik berkata...

Hehehe... kakcik dah malas nak timbang berat badan! :)

NoorVictory berkata...

Hahahaha. Sy klo tengok org laen makan tetap akan makan jugak.

Lapaq dengan sendirinya melihat selera orang laen. Heheee;P

mama maman aka yana berkata...

sy pun... diet konon tp badan tak turun2. . :-)

makchaq berkata...

Makchaq pun Alhamdulillah selera masih ok..

bila selera ok badan pun ok la jugak.. bila baju ketat baru diet sikit sebab segan nak pi buat baju baru...

shahirahkhairudin berkata...

Hahaha.. tak tahan dolat bila tengok orang mengunyah. kita pun rasa nak mengunyah sama ye tak?

by the way, Salam Ramadhan uncle IM. lama tak jengah sini. hehe. blog sendiri pun dah berhari hari tak update.

semoga uncle IM dan Ibu Suri sekeluarga dilimpah kurnia dengan rahmatNya.

Dinar berkata...

IM, tahiah kerana peka dan ambil berat ttg perubahan fizikal diri... sbb berat badan tk akan bertambah sekaligus ia meningkat secara perlahan, sedar2 kita dah gedebab!!

abu muaz berkata...

he,hee... bukan salah ibu mengandung berat makin neingkat.
apa pun dalam usia kita yg semakin
penghujung ni berat badan, kandungan gula, semuannya mesti diawasi.

pB berkata...

naik mudah

nak turun , payahhhhhhhhh