Rabu, 29 Ogos 2012

5S

sumber foto

Aku masih baloq (malas) untuk mengemas rumah lepas Raya ini. Seluruh pemikiran tertumpu pada odit TS19649 yang akan dijalankan pada Isnin hingga Khamis minggu depan. Di ofis aku saja para auditor akan odit hampir setengah hari. Bagai nak demam pun ada.

Kekadang terfikir pula; ini baru odit oleh SIRIM di dunia. Bagaimana pula kalau odit oleh Munkar dan Nakir di alam Barzakh nanti? Dan lebih dasyatnya di Padang Mahsyar kelak?

Odit SIRIM sudah diberitahu bila tarikhnya sedangkan odit oleh Tuhan tak tahu bila. Boleh jadi esok. Boleh jadi lusa. Kalau sekadar odit oleh SIRIM dah rasa nak deman entah macammana pulak bila tiba-tiba ternampak malaikatul maut di tepi katil yang menanti saat terbaik untuk mencabut nyawa.

Telah banyak ujian Allah aku tempuh. Malah hingga pernah ke tahap aku tidak boleh lagi berfikir yang akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur di masjid selepas sembahyang sunat dan doa panjang semasa sujud terakhir. Dengan harapan bila bangun nanti Tuhan akan beri aku gerak hati ke arah jalan mana yang didorongiNya.

Aku percaya pada pertolongan Tuhan. Aku percaya pada ketinggian tawakkal akan memberi kita kekuatan untuk terus mendepani segala permaalahan hidup.

Aku harap anak-anak aku akan sekuat semangat aku bila menempuhi apa saja ombak dan badai yang menerjah kehidupan mereka yang masih baru ini.

Apapun, odit minggu depan ini tetap pasti aku hadapi. Selepas selesai odit ini; kalau apa jenis OFI atau CAR yang aku akan dapat, aku kena terima. Pun, aku masih mengharapkan keajaiban dari Tuhan untuk menjadikan semua proses odit berjalan sebaiknya.

Aku ingin mulakan hidup baru. Hidup yang lebih ke arah mendekati Tuhan. Anak-anak sudah besar dan punyai hidup sendiri. Emosi ibu_suri juga sudah lebih stabil sekarang ini berbanding 2 ~ 3 tahun dulu. Walaupun letih jasmani kerana melayani kehendak dan menjaga kebajikannya, itu sudah jauh lebih baik dari awal sakitnya dulu.

Tuhan..... aku ingin memperbetulkan segala dokumentasi hidupku yang berselerak. Aku ingin 5Skan semula hidupku ini. Beriku peluang untuk hidup 1000 tahun lagi!

5 ulasan:

nur berkata...

Betul tu IM. Mari sama berdoa utk sentiasa dikekalkan Iman kita

LadyBird berkata...

mcmnla keadaan audit di sana nanti ek.. :(

makchaq berkata...

bekerjalah kamu seakan kamu akan hidup selamanya dan beribadat lah kamu seakan kamu akan mati esoknya..

Makchaq tau memang senang cakap dari buat, tapi makchaq rasa IM memang mampu dan sangat tabah orangnya..

Jadi ka Akhmal pi jumpa mak kandung dia?

insan marhaen berkata...

nur,
ya. sesama kita berdoa. mungkin doa nur lebih makbul.

ladybird,
tuhan saja yang maha mengetahui.

mak chaq,
dalam proses untuk menemukan dia dengan maknya. sayangnya, mak akhmal dah tak tinggal di setiawan. sedang mencari..

Anonymous one berkata...

IM.. amin saya pun.. nak betulkan balik diri saya tq!