Halaman

Sabtu, 25 Ogos 2012

Silent Reader


Sempat tadi menghadiri majlis perkahwinan pasangan Nadia/Ruzaini, anak kepada jiran setamanku Hasan/Melorwati di Dewan Kondominium Mutiara, Perda. Di situ jugalah sebenarnya lokasi majlis perkahwinan Angah dan Ayu pada 2011 lalu. Dewan ini memang selesa kerana punyai banyak bilik air, luas ruang dewan dan parkir serta ada bilik untuk rehat. Tapi sewaannya pun boleh tahan juga -  RM800.

"I memang kenal kat isteri dia tu." beritahu ibu_suri. Itu cerita-cerita masa ibu_suri masih sihat dan aktif dengan agenda politik semasa.

Tentang isterinya itu adalah salah seorang silent reader blog aku ini tidak pula aku beritahu pada ibu_suri. Takut nanti banyak pula seghongehnya. Susah aku nak jangka.

Menjaga orang seperti ibu_suri ini memang kena bijak mengurus mood dan perasaannya. Semasa bertolak ke Perda ini pun aku pastikan semua keselesaan dan ubatnya disediakan terlebih dulu. Di sepanjang pemanduan, suasana ceria perlu sentiasa di ujudkan walaupun sebenarnya di dalam hatiku berbagai perkara berkecamuk dan menyempit.

Talipon dari Siti tadi pagi masih terngiang-ngiang di telinga;

"Ayah, Akhmal suruh Siti bagitahu ayah. Akhmal nak pergi jumpa mak dia di Setiawan. Dia suruh ayah bawakkan dia ke sana." 

Hati kecil berasa seperti ada sesuatu yang kurang enak. Ufffssss....

5 ulasan:

MulutPayau berkata...

Salam Aidilfirti utk IM dan keluarga....maaf zahir dan batin...

Anonymous one berkata...

semoga sabar dan tabah selalu IM dalam hal akhmal.. moga baik-baik saja.. amin

kakcik berkata...

Akhmal dah pernah jumpa keluarga kandungnya sebelum ini, kan IM?

Semoga IM terus diberi kekuatan menangani semuanya...

LadyBird berkata...

smg trs bertabah..

Granny Hani berkata...

Saya membesar sebagai anak angkat tapi tidak pernah sekali pun merasakan ayah ibu yg membesarkan saya itu ayah angkat atau ibu angkat.Hubungan dgn ibu yg melahirkan tetap baik dan saya rasa bertuah kerana saya ada dua ibu dan dua ayah.
Selamat Hari raya buat IM sekeluarga dan semoga Tuhan memberikan IM ketabahan yg tidak luak sehingga ke akhirnya.