Selasa, 14 Ogos 2012

Baitul Rahmat

sumber

Terasa nak makan nasi minyak. Aku ajak ibu_suri ke Restoran Kasim Mustafa, Seberang Jaya. Berbuka tadi kami cuma makan beberapa ketul kuih saja. Aku lewat sampai rumah dari tempat kerja.

Dan bagai selalu ibu_suri cepat menghabiskan makan berbanding aku yang suka makan perlahan-lahan.

"Rasa cepat sungguh bulan puasa ni dah nak habis, ya..bang!" bual ibu_suri sambil membetulkan kacamata. Aku lihat seperti ada airmata yang bergenang.

"Masa tetap berlalu. Cuma kita saja yang perlu tangkas mengisinya. Sekarang ini masa-masa terbaik untuk melipatgandakan ibadat." jawapku pula sambil menyuap.

"Kalau boleh you solat Dhuha lepas tengok Marissa pagi-pagi tu. Solat Dhuha adalah mustajab untuk kemurahan rezeki. Lagi satu... doa dalam waktu Dhuha lebih afdhal. Berdoalah supaya anak-anak kita selamat dan dirahmati Allah terutama Akhmal." 

Dalam hatiku tetiba rasa sayu. Teringat mak sejak dari petang tadi. Malah sejak beberapa hari lalu. Drama Baitul Rahmat di TV1 yang sering aku tonton sementara menunggu waktu berbuka benar-benar menyentuh perasaanku.

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

Walaupun ibu suri dalam keadaan tak sihat, dia tak lupa memberikan nasihatkan kan IM.

Ibu n Abah berkata...

Saya anak beranak mmg mengikuti cetita baitul rahmat sejak episod pertama lg... Mmg terasa sangat menyentuh hati melihatkan karenah anak2 mak munah...
Jika siaran waktu mahgrib byk terpotong sbb iklan, lihat waktu sahur lebih selesa...Mudah2 an waktu kita tua2 nanti tidak mengalami nasib sebegitu..
Mmg perlu mendoakan yg terbaik buat anak2.. Terima kaseh pada ibu suri bg tip untuk mendoakan anak2 sekali sewaktu berdoa solat dhuha...

Murni Alfathunnisa berkata...

ada jugak sekali dua tengok drama baitul rahmat tu. bagus jugak pengisiannya.

dulu suka jugak makan nasi kandar kat kassim mustafa sunway tu...tapiiiii...lepas insiden buka puasa beberapa tahun lepas, terus serik. tandas sangat2 tak bersih. terus tak pi dah sampai la ni..

Maiyah berkata...

sy x tgk pun
slmt hr rya IM
maaf zahir batin

IMANSHAH berkata...

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

nur berkata...

Salam buat IM.
Cerita tu mmg blaku kan..

Salam aidilfitri
Maaf zahir batin