Jumaat, 31 Ogos 2012

Episod baru

sumber foto

Walaupun sebenarnya aku agak kantuk namun kemahuan membaca blog dan bercit-cat dengan seorang rakan FBku - MM, buat aku gagahi juga mengetuk biji-biji keyboard ini.

Aku cuba menyelami hati terkini MM dan memberinya serba sedikit nasihat dan peransang untuk dia terus positif dalam mengharungi hari-hari hadapannya. Aku memang suka berkongsi pengalaman dan nasihat dengan orang lain selagi mana aku rasa dia sudi mendengar walaupun aku tahu aku pun tidaklah setara mana sempurnanya.

Ntahlah... Sesekali fikir ada lebih baiknya hidup aku ini beramuankan dengan ujian hidup dari Tuhan. Yang dengan itu akan membuatkan aku selalu mengingati dan mengharap kepedulianNya. Jika aku selalu diberi kemewahan dan senanghati pastinya aku akan lupa diri dan lupa Tuhan.

Tips yang disarankan oleh blogger Jendela Hatiku agar aku selalu melakukan solat Hajat begitu bermakna buat aku. Aku berazam untuk melaksanakannya berpasangan dengan solat Dhuhaku setiap pagi.

Aku adalah aku dan cuba berbuat semampu mungkin untuk memperbaiki diri. Walaupun kerap juga terjatuh, aku akan cuba bangun dan meneruskan perjalanan ini.

Sekarang ini aku sudah mula berjinak-jinak dengan masjid yang kalau dulunya aku memberi alasan kekangan dari anak dan isteri untuk tidak selalu menjejaki rumah Tuhan ini.

Aku beli kopiah baru dan berkualiti; aku beli kain baru dan berkualiti; dan aku sarong semula baju Melayu buatan tangan ibu_suri yang masih ada di dalam almariku. Aku dengan penuh rasa keinsafan ingin memulakan episod baru dalam hidupku. Aku ingin pinggirkan kisah-kisah lama yang kelabu dan ingin isi diari hidupku dengan aktiviti baru yang lebih menggembirakan aku. Doakan....

8 ulasan:

NoorVictory berkata...

Selamat berjaya IM! :D

Sentiasa mendoakan yang terbaik utk IM sekeluarga.

p/s: Lagu kat blog nihhhhhh.. BEST! HAHAHA

Anonymous one berkata...

amin... Saya nak jadi macam IM. biarlah episod lama cukuplah Allah bagi saya. amin amin amin..

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Benar, kita juga inginkan di kalangan pelaku yang memakmurkan rumah Allah,yg terpaku di majlis ilmu,yg berdakwah,yg menghidupkan malam, yg solat subuh berjumaah di masjid/surau....

Kita ingin bahagia sebagai pelaku .Bukannya pemerhati.

Insya Allah.

Rain berkata...

kisah lalu bukan kompas masa kita yang sekarang. asal mahu diambil pengajaran pada kisah lama, menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. anggap sebuah perjalanan yang dilalui dalam menempuh ranjau.

susah itu ujian. senang juga ujian.

salam kenal.

NUR berkata...

IM
bersedia dgn lebih cabaran.. Didoakan Kita semua sentiasa mendapat hidayah dariNYA.

Bearcat berkata...

Semoga Allah permudahkan hidup IM di dunia dan akhirat.

mikowlagi berkata...

welcome september :)

JR berkata...

Semoga penghijrahan kita dari yg baik kpd yg lebih baik sentiasa dipermudahkan Allah, amin...