Ahad, 2 September 2012

Kidungmu

sumber

Sejak lepas Raya aku bekerja setiap hari untuk menyelesaikan kerja-kerja tak siapku menjelang odit ISO9001/TS16949. Terasa amat letih. Balik rumah jauh petang dengar pula bebelan ibu_suri. Lepas mandi dan sedikit rehat, aku terpaksa bawa ibu_suri siar-siar yang kekadang tanpa tujuan demi untuk melampiaskan jemunya yang duduk seharian di rumah. Aku mengerti kebosanannya itu yang kekadang mencapai tahap gaban.

Terasa aku mahu sangat mencapai umur 55 tahun supaya dapat bersara dan rehat saja sambil membuat kerja-kerja amal yang aku minati. Begitu kekadang celoteh oleh perasaan aku yang bersimpang siur di dada. Along dan Angah sudah boleh berdikari. Cuma Akhmal sahaja yang masih memberatkan pemikiran dan meresahkan perasaanku saban saat lantaran masa depannya yang masih berbalam. Pasrah saja pada Tuhan.

Semasa memandu tadi aku mendengar lagu Tiada Lagi Kidungmu dari Sinar FM. Tetiba aku terkenang senyum dan tawa kecil abah! Agaknya seperti inilah dulu perasaan abah dalam memelihara kami 7 beradik hingga dewasa seperti hari ini.

Abah... Aku teramat rindu zaman kecilku yang lalu itu. Zaman yang tidak akan berpatah lagi...........

6 ulasan:

Anonymous one berkata...

saya pun rindu zaman kanak2 saya... saya anak sulong..saya jaga adik2 saya.

NUR berkata...

Selamat pagi IM..
Dah sarapan?..

Semoga terus kental melalui hari mendatang

Temuk berkata...

As-salam
Masing-masing orang seronok dengan zaman kanak-kanak mereka, jika zaman itu menyeronokkan. Tertanya-tanya sendirian, kalau kita dapat balik ke "zaman dulu-dulu" itu, mungkinkah kita melakukan perkara-perkara yang berlainan... Selamat meneruskan perjuangan, IM!

ummu berkata...

salam Insan Marhaen
kirim salam Ibu Suri dgn lafaz assalamualaikum ye.he he macam saya juga.kalau duduk rumah lama2 pun dalam 3 atau 4 harii tak leh jejalan, mulalah nak mintak suami bawa kan jalan.round taman perumahan pun jadilah.
oh iya.blog saya ni,suami yang ajarkan saya buat mula2 saya bed riden dulu

S..U..D..@..I..S berkata...

zaman budak2 yang terindah ..main hujan, kena bedal..

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Bukan memuji.Tetapi saudara contoh seorang suami yg baik dan bertimbangrasa.