Halaman

Isnin, 10 September 2012

Selepas Odit

Syukur, odit yang berlansung dari Isnin hingga Khamis minggu lepas telah aku lepasi dengan selamat. Hampir setiap hari sebelumnya, dengan sedaya upaya aku cuba untuk menyempurnakan segala tata kerja. Balik lewat malah Sabtu dan Ahad juga datang bekerja walaupun bergantang-gantang rungutan ibu_suri.

Sebelum odit

Pastinya di celah-celah kesibukan itu tidak aku lupa bermunajat kepada Allah; satu-satunya teman paling setia yang aku ada; supaya pertama sekali aku diberi ketenangan dan ketenteraman tatkala proses odit berlansung. Aku percaya kunci pertama kejayaan bilamana berdepan dengan auditor selain persediaan yang rapi dan doa yang tulus ke hadrat Tuhan ialah ketenangan dalam menjawap setiap soalan mereka.

Alhamdulillah, tidak ada CAR mahupun OFI yang diberikan kepadaku. Semua soalan dapat aku jawap dengan tenang dan semua evidence dapat aku kemukakan. Huu... satu pengalaman yang getir tetapi manis bila dikenang.

Sehabis saja odit, aku terasa teramat lega persis baru keluar penjara. Ramai kawan-kawan memberi tahniah. Tapi jauh di sudut hatiku mengakui sebenarnya elemen kejayaan odit ini ialah kerana sistem fail yang telah dibina oleh bos aku sebelum ini begitu berkesan. Aku cuma menyambung isi sistem ini sahaja. Segala maklumat kalibrasi disimpan dan dipantau secara komputerism. Dengan sekali klik, semua data dapat dicari.

Selepas odit

Selesai saja odit, aku sujud syukur di surau. Letih seperti tiba-tiba baru terasa. Dalam ingat nak rehat seketika  akhirnya terlelap jua...

6 ulasan:

kakcik berkata...

Siap ada tukang ambil gambar tu! :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

makchaq berkata...

Setiap kali lepas audit apa2 pun mesti rasa lega kan.. Star Rating ke, 5S ke, tambah lagi audit ISO.. persiapanya berminggu.. memang agak stress dan letih..

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah... Selesai sudah 'beban' yg ditanggung...

Anonymous one berkata...

Alhamdulilah :)

nur berkata...

Alhamdulillah IM dan tahniahla..

Temuk berkata...

Tahniah, IM! Sekarang tentu lebih sedar rupa-rupanya telah banyak masa, tenaga dan buah fikiran yang telah dilaburkan sebelum para auditor datang. Juga tingginya stress masa itu. Layaklah IM merasakan kepenatan, tapi tetap puas dengan segala hasilnya.