Angah mengeluh sambil meletakkan barangan dapur yang baru dibelinya dari Tesco. Walaupun aku selalu menegur akan habitnya membeli barangan di Pasaraya milik Yahudi itu namun alasannya mudah - di situ harganya murah.
"Ayah selalunya beli ni berapa harga?"
"RM17++" ujarku yang baru saja membelinya di pasaraya Billion, Seberang Jaya Sabtu lepas. Itu pun kira nasib baik aku masih ingat harga kasar pek Alitea itu sedangkan selalunya aku main cekuh dan bayar saja tanpa ambil pusing berapa harganya.
"Hah... la ni berapa ayah tau? 19 ringgit 5 kupang!" tajam muncung Angah.
Ha..ha.. Hati aku ketawa. Angah ni memang berkira sikit bab duit hatta caj seringgit bila keluarkan duit dari ATM yang berlainan nama bank dengan bankkad.
"Kan semalam baru saja pembentangan bajet. Subsidi gula dikurangkan 20 sen. Hang nampak apa yang ayah nampak?"
Aku teruskan juga membalikkan telur mata kerbau di dalam kuali. Nak letakkan atas roti ala-ala burger, gitu. Sejak petang tadi ibu_suri tak makan kerana tidur yang lama. Lepas makan nanti baru boleh dia makan ubat sambil bermain dengan Marissa, cucu kesayangannya itu.
Kerajaan pun bijak. Diletupkan di tv akan sekalian pemberian BRIM, tambahan elaun persaraan, pemberian one off untuk yang bergaji RM3000 tetapi tidak terhadap cukai yang naik atau pengurangan subsidi pada taukeh besar yang diturunkan. Bimbang aku akan masa depan anak dan cucuku jika barangan seperti mustahil akan turun harganya sesuai dengan kemampuan pengguna.
Kerajaan pun bijak. Diletupkan di tv akan sekalian pemberian BRIM, tambahan elaun persaraan, pemberian one off untuk yang bergaji RM3000 tetapi tidak terhadap cukai yang naik atau pengurangan subsidi pada taukeh besar yang diturunkan. Bimbang aku akan masa depan anak dan cucuku jika barangan seperti mustahil akan turun harganya sesuai dengan kemampuan pengguna.
Angah ini baru mula untuk pandai shopping barangan dapur. Dulu dia tak pernah ambil pusing melainkan Along!
10 ulasan:
Ejaannya lebihkurang Alitalia...
macam nama pesawat Itali...
hari tu saya ke tesco...tgk MILO ..tertulis promosi hebat Rm7.99 utk pek 700/800g tu..kat kedai runcit kat rumah saya ni cuma rm7.70 ja....
Tengok tajuk, saya ingat nama perempuan.
Begitulah harga barang sekarang..dulu kita pergi sekolah bawa 20 sen je...anak saya sekarang bawa 2.50 - 3.00!
Semalam kakcik shopping di Tesco. Tak sampai setengah troli pun, tapi harga yang dibayar lbhkrg RM350!
anak anak sedang membesar.
belanja dapur setiap bulan , meningkat ....
Pemberian 'one off' bajet 2013 tu hari ni bagi berapa banyak pun esok habislah...Lebih baik jika tingkatkan subsidi petrol, turunkan tol dll langkah yg boleh mempengaruhi penurunan harga barang, bila harga barang turun semua org dpt rasa kesan bajet...
Kesian kat anak cucu kita bila kerajaan terlalu boros berbelanja utk menang pilihanraya. Mengikut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang
Adek Hussin, hutang negara kita sekarang ialah RM456 bilion atau 55% dari KDNK. Bayangkan jika 55% dari pendapatan keluarga habis utk bayar hutang saja, apa anak2 nak makan nanti? Kesian anak cucu kita jika suatu hari nanti kita jadi macam Greece...hutang berlambak dan akhirnya negara muflis!!!
saya juga mcm angah
Tak tau pasaipa suka sangat sogok ngan duit...
Bukan tak suka, tapi takut kesan jangka panjangnya..
La ni kat pasar malam putrajaya, ikan kembung pun dah RM20 sekilo, tak tau la anak2 kita nanti mampu ka dak nak beli ikan kembung..
Lama2 jadi macam masa kecik2 masa pendapatan keluarga kurang RM100.00sebulan, ikan kembung kena potong 3, sayuq yang mampu beli sayuq tougeh saja..
Perbelanjaan barang dapur, baik yang kering maupun yang basah.. Semuanya terasa tersangat mahal...
saya turut kecewa...
y untung bukan kita2..
semua elaun tu juga bukan hak saya, pokoknya saya tak dpt apa2
nk naikkan harga minuman fikir kasihan org kmpung y mengeteh...
entahlah... saya juga bimbang ttg hutang malaysia di laporan bank negara
(ini rupanya alitea)
Catat Ulasan