Jumaat, 14 September 2012

Di Balik Tirai Besi

Aku menguak pintu bilik mahkamah II dengan perasaan hambar. Aku kira hadirku ini hanya sekadar satu paksaan dari naluri seorang ayah demi mahu menunjukkan bahawa aku masih ambil peduli terhadap Akhmal. Kepedulian ini kerana aku tahu ini tanggungjawap seorang yang bernama ayah. Namun jauh tersorok di sudut hati aku sebenarnya seperti rasa kosong. 

Akhmal di iringi polis ke lokap mahkamah

"Kamu mengaku bersalah?" tanya pembantu majestrit, seorang wanita berbangsa Cina. Kertas Pertuduhan dibacakan dengan jelas memberitahu bahawa ketika Akhmal di tahan tak jauh dari rumah didapati memiliki 0.1 gram syabu.

Akhmal angguk. Apa lagi yang boleh dikatakan.

"Awak akan ditahan hingga 2hb November atau jaminan RM4000 hingga keputusan air urin awak diterima."

Aku menarik nafas panjang bila mendengar RM sebanyak itu. Huu.. kalau RM400 pun aku rasa berat inilan tambah satu lagi kosong. Lagipun, sesekali fikir biarlah dia disimpan kat 'dalam' tu buat sementara waktu. Selamat sikit buat sementara waktu dan muga-muga dia insaf bila mrasai perit jerihnya duduk di balik tirai besi.

Sekarang ini yang berputar dalam kepalaku ialah bagaimana nak memberitahu ibu_suri. Pasti dia kan menitiskan airmata.

Aku? Ah.... Kalau aku pun macam ibu_suri, apa cer...!

14 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Tak perlu ibu_suri tahu tak boleh ke IM?

Citarasa Rinduan berkata...

sayatnya hati ini,

moga ibu suri tak berperasaan dan langsung tak tahu apa y terjadi pada Akhmal.

ya Allah...

IM.. tabah ya

Ibu n Abah berkata...

IM...
berat betul apa yg ditanggung...
Sabarlah IM..
Insya'Allah Ibu suri akan faham satu ketika nanti....

Nurul Ain berkata...

kadang-kadang pembohongan itu perlu utk kebaikan seperti menutup aib orang atau utk menjaga hubungan..moga tabah menghadapi ujian ini

makchaq berkata...

Kalau boleh tak payah la habaq kat ibu_suri..

NoorVictory berkata...

Huhuhuhuhuhuhu~

Semoga IM terus kuat menghadapi semua nih.

Jaga emosi ibu_suri. Semoga Akhmal diberi hidayah dari ALLAH.

Semoga kita semua diberi hidayah ALLAH. :)

Norhaizan hakim berkata...

Apa yg dapat saya katakan...
when Allah brings you to it, He will brings you through it.

faizah berkata...

Kita mencorak bagaimana anak kita.. tetapi itu hanyalah ikhtiar kita hamba Allah yang lemah; jika ditakdirkan anak2 membesar tidak seperti yang kita harapkan.. hati tetap terasa di mana salah silapnya, tetapi sesungguhnya anak2 itu ujian untuk kita... Mdh2an ujian itu akan lebih mendekatkan diri kita denganNya. Dan anak-anak kita berubah ke arah kebaikan..

NUR berkata...

IM,
Seeloknya IM beritahu sendiri ibu suri. Apa jadi jika dia tahu dari orang lain pula?..
Semoga Allah mempermudahkan urusan.

insan marhaen berkata...

DM,
ibu_suri kena tahu. cuma bila dan bagaimana nak beritahu; kena fikir sebaiknya.

CR,
mana boleh elak kalau setiap kali ibu_suri bertanya: mana Akhmal ni? Tak balik dari tadi.

ibu n abah,
IM dah mangli (biasa) macam ni. dah boleh terima tekanan begini.

nurul ain,
ada betulnya kata ain. tapi dalam kes ini, terus terang dengan ibu_suri lebih baik. hati seorang ibu tak boleh dinafikan.

mak chaq,
bagaimana agaknya kalau mak chaq di posisi ibu_suri?

noor victory,
terima kasih atas doa. ubat psikiatri yang ibu_suri makan setiap hari itu banyak membantu menstabilkan emosi ibu_suri.

norhaizan,
betul. allah hanya menguji hambanya seberat ujian yang hambanya boleh tanggung.

faizah,
ya. IM udah berusaha. selebihnya allah yang maha mengetahui.

nur,
memang itu prinsip IM. IM dah bagitahu bu_suri tapi dengan olahan bahasa dan alasan yang sekadar untuk dia tahu saja. itupun airmata ibu_suri bergenang...

NoorVictory berkata...

Ibu_suri dah tau? Huhuhu~ tahniah sebab IM kuat! :)

Semoga terus tabah.

MulutPayau berkata...

semoga IM terus tabah hadapi segalanya....

insan marhaen berkata...

NV,
sepatutnya ibu adalah orang pertama kena tahu hal-hal anak. itu prinsip asas yang IM pegang.

lagipun, IM rasa ibu_suri boleh terima sebab ini bukan kali pertama Akhmal masuk 'dalam'.

namun, airmata ibu_suri tetap turun...

MP,
terima kasih atas doa.

Scarlett O'Hara berkata...

Pernah jumpa seseorang spt ibu suri.Hingga ke akhir hayatnya, si anak asyik keluar masuk 'dalam.