Ahad, 16 September 2012

Lemang Dan Rendang

Seharian semalam membawa ibu_suri ke majlis perkahwinan saudaranya di Sayong, Kuala Kangsar. Mulanya mereka ragu-ragu samada ibu_suri tiadakah masaalah untuk dibawa kemajlis seperti itu? Aku ambil sifir yang mudah saja bahawa selagi emosi ibu_suri dijaga, insyaAllah semuanya akan ok. 

Untuk itu semua keperluan dan kemahuannya aku penuhi. 28 tahun aku hidup bersamanya, tahu benar ya dan tidaknya. Tanpa segan silu aku pimpin tangannya bila berjalan atas tanah yang tidak rata dan mengambil makan minumnya serta  menemaninya ke bilik air. Walaupun ramai mata memandang aku ambil sikap selamba. Ini semua memang sudah biasa dan tanggungjawap aku bernama suami untuk tegar.

Tapi tak sangka juga sepanjang jalan ke sana banyak pula bendera. Ngalahkan suasana pilihanraya jer... Tak henti-henti mullut ibu_suri pot-pet. Dan lebih mengujakan bila salah seorang dari saudara ibu_suri yang tinggal di Kampung Pauh beria-ia mengajak untuk singgah ke Majlis Jamuan Hari Raya oleh JKKK. Huu... memang Tuhan mau menguji kebijaksanaan dan kesabaranku menjaga ibu_suri. Sepanjang jalan ke situ, bendera warna biru dan merah putih sesaja.


"Tak salah aihh... Kita pergi untuk makan. Depa pun orang Islam juga. Saudara kita tu. Politik tanggungjawap kita masa pilihan raya je. Sekarang masa untuk kita tunaikan tanggungjawap sebagai saudara seagama dan makan.."

Bila ibu_suri kata tak mahu turun kereta dengan alasan tak larat nak berjalan lagi, aku uruskan dia makan di kereta. 

Dan aku sudah tentu cari lemang dan rendang. Memang, rendang dan lemang masakan orang kampung di sini terbaiikkkk.....

6 ulasan:

NoorVictory berkata...

Beruntung ibu_suri. :)

Norhaizan berkata...

Saya juga berdoa, encik suami akan melayan saya sebegitu...amin ya Rabbal alamin.

kakcik berkata...

Sewaktu kakcik singgah di kampung dan KK Jumaat lepas, memang banyak bendera biru tgantung di sana sini. Kakcik terimgin sangat nak jumpa dengan IM dan ibu_suri, tapi kakcik dah kehilangan no telefon IM. :(

JR berkata...

Lemang dan ketupat bukan tahu erti warna bendera, asalkan halal rezeki jgn ditolak...

Salam Hari Malaysia..

insan marhaen berkata...

noorvictory,
setiap kita ada keberuntungan tersendiri yang Allah beri.

norhaizan,
insyaAllah, Tuhan itu Maha Pengasih.

kak cik,
inyaAllah, akan ada satu masa nanti dapat berjumpa.

JR,
he..he.. kekadang ketupat dan lemang lebih mulia dari manusia...

Maiyah berkata...

salam..
uihh.. dah rta2 pacak lambang biru tu