Halaman

Isnin, 17 September 2012

Cuti

sumber
Hari ini aku lebih banyak beraktiviti di rumah. Setelah semalam ibu_suri seharian tidur, malam tadi dia tak boleh picing mata. Jam 2 petang baru dia kelihatannya lena. Memang begitu ibu_suri sejak menghidap mood dis order ni - insomnia.

Malam tadi aku bangun jam 4.30 pagi untuk turut sama berqiamullalil di masjid. Memang best. 3 saf, kira ramai juga. Jam 8 aku pergi ke Tasik Mengkuang untuk riadah. Tak seramai semalam. Cumanya, matahari cukup tajam sepenggalah. Menikam mata dan kulit.

Lepas beli lauk untuk makan tengahari, aku balik. Di rumah cuma tinggal kami berdua. Angah dan Ayu balik ke rumah orang tua mereka di Bukit Tengah. Akhmal, ntah apa nasibnya di penjara Sungai Petani. Beria-ia ibu_suri minta tengok dia di sana tapi aku mengelak dengan alasan mahu bincang dulu dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Sebenarnya budget aku tak berapa cukup untuk ke sana. Aku tahu, ke sana nanti mesti Akhmal minta duit untuk beli itu dan ini. RM50 belum tentu cukup.

Aku dah biasa dengan sunyi rumah yang begini. Mungkin kerana ujian hidup yang aku tempuhi bertali arus di masa-masa lalu menyebabkan abu lebih seleas dengan kelapangan yang jauh dari hiruk pikuk. 4 hari bercuti sejak hari Jumaat seperti terasa singkat. Esok akan kembali bekerja.

Dan 4 hari cuti ini membuatkan aku terfikir, akan beginikah situasi aku bila bersara nanti? Ntah kenapa, datang wajah mak ke dalam dada. Berbanding aku, mak tentu lebih sepi kerana sendirian di rumah tanpa abah. Sendirian urus diri yang separa lumpuh. Khabarnya,  bila malam mak selalu menangis!

7 ulasan:

kakcik berkata...

Kitaran hidup - sampai masanya anak2 akan meninggalkan ibubapa...

NoorVictory berkata...

Huhuhuhu~ sdey pulak baca.

Ayah dengan ibu saya mesti tengah sunyi kat rumah sebab anak-anak semua jauh. Sekarang ayah dah sakit macamana pulak la dengan ibu. Huhuhuh

makchaq berkata...

Sedih makchaq baca perenggan akhir tu..



Norhaizan hakim berkata...

Begitulah putaran hidup kan. Saya pun dah jarang dapat menjenguk mak dan abah di perak. bukanlah jauh ssngat tapi urusan keluarga sangat membataskan masa.

IM telah saya anggap teman..teman blogger..

mario berkata...

yela...sedih pereggan terakhr...mambuatkan sy terfkr jgk....

pB berkata...

hargai mereka selagi mereka masih hidup

JR berkata...

Selalulah kucup ibu dan ayah selagi mereka masih bernafas dan menyedari kehadiran kita. Janganlah cuma mengucup ibu ayah ketika mereka tak lagi menyedari kehadiran kita..ketika Allah telah menjemput mereka pergi menemuiNya...