Selasa, 18 September 2012

Blog

Kekadang terfikir aku tentang blog aku ini. Seperti ntah apa-apa. Asyik-asyik berkisar kisah ibu_suri dan anak-anak saja.

Bila dibanding dengan blog rakan-rakanku yang lain banyak menulis tentang kegiatan mereka dengan masyarakat. Hidup mereka tampak penuh warna warni dan mempunyai pengisian yang matang. Sesekali terasa malu dan rendah diri.

Namun hakikatnya dunia aku kini begini. Terpaksa memberi banyak masa kepada menjaga ibu-suri dan anak. Aku tidak pandai mengolah penulisanku kepada penceritaan yang hebat sebaliknya aku lebih puas menulis apa yang sebenarnya berlaku di sekelilingku.

Aku bercita-cita untuk menjadikan blogku ini sebagai kutub khanah bagi segala pengalaman hidup. Yang mana bila satu hari nanti aku sudah tiada lagi, anak dan cucuku boleh menyingkap kembali sejarah hidup ayah atau datuknya melalui blog aku ini.

Aku juga sebenarnya berpendapat bahawa menulis pengalaman hidup yang sebenar lebih memberi kesan mendalam kepada pembaca berbanding penulisan yang berpaksikan yang elok-elok saja. Aku tak reti berpura-pura. Aku menulis seperti mana yang aku rasai dan lalui.

Kalau ada diantara pembaca blog aku yang rasa bosan dengan topik-topik stereotypeku ini, terpulanglah. Aku akui akan kegersangan itu.

Apappun, aku amat menyayangi blogku ini dan berharap ianya akan terus relevan walaupun Facebook dan Twitter semakin mengambil alih minat rakan blogger yang seangkatan aku dan mula mensawangkan blog mereka.

Aku baru saja membeli laptop baru menggantikan laptop dulu yang hilang dicuri sesaorang. Kini aku boleh menulis blog di sisi ibu_suri; tidak seperti sebelum ini yangmana ibu_suri selalu merungut kerana meninggalkan dia sendirian di bilik sedangkan aku di ruang tamu mengetuk biji-biji huruf yang kekadang hingga dinihari.

10 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik juga sangat sayangkan blog kakcik kerana melaluinya kakcik mendapat ramai kawan2 yang baik. :)

nurazzah8 berkata...

teruskan menulis IM...kami setia mengikuti perkembangan blog IM ... semua kisah yang di tulis apabila dikenang kembali akan menjadi sejarah masa lalu..

Norhaizan hakim berkata...

saya sendiri baru saja memasuki dunia blogging.kadang2 tak tahu apa yg nak di tulis, sebagai full time housewife tak banyak event menarik yg boleh saya catat di blog, jadi saya cuma tulis apa yg berkisar disekeliling hidup saya.

IM..saya suka cara penulisan saudara!

mama maman aka yana berkata...

IM.. nak diceritakan kesusahan kita pun suatu kesukaran.. IM teruskan je apa yg IM buat skrg..:)

norh berkata...

blog kita.. suka hati kita la kan nak tulis apa.. ;)

Aida Ali berkata...

Banyak yang boleh dicontohi dari penulisan IM - ketabahan, pengalaman dan cara penulisan. I like!

JR berkata...

Setiap org ada cara tersendiri menyampaikan isi hati, semuanya ada gaya tersendiri, keunikan sendiri.

Teruskan menulis IM, saya suka gaya anda...

pB berkata...

pB suka dengan cara IM bercerita.
Teruskan menulis. Jangan sekali kali menyimpan niat untuk berhenti

LadyBird berkata...

uncle.. teruskan penulisan sebegini.. boleh menjadi pedoman tuk yg lain.. kalau mrk bc blog uncle, boleh buat mrk bersyukur dgn khdpn mrk.. :)..

khdpn lady juga xde warna warni.. tp itulah khdpn kite yg Allah takdirkan.. kalau uncle dijadikan tuk menjaga isteri yg sakit.. lady plak diciptakan untuk menjadi seorang isteri yang sakit yang perlu dijaga oleh suami.. sgt2 berbeza dgn kehidupan rumahtangga org lain.. :) bl lady bc blog uncle, skrg2nye scr x lgsg ldy lbh tahu ape perasaan suami lady sdri yg perlu jaga lady.. :)

Syahazli berkata...

IM teruskan menulis, selain buat panduan pembaca ianya juga satu terapi buat IM sendiri agar lebih tabah dalam menghadapi kehidupan.

Saya sendiri dah terhenti agak lama dalm berblogging, semakin banyak medium yang boleh saya gunakan untuk blogging, makin malas pulak nak update sedangkan access internet 24/7.....saya patut boleh belajar dari IM yang sentiasa konsisten.