Jumaat, 28 September 2012

Gunung Batu Kapur

Sambil berjalan keluar dari surau tempat kerja, Fendi seperti biasanya dia, bercerita tentang perspektif politiknya.

"Tengok Kelantan. Walaupun dinafikan hak petroliumnya oleh kerajaan pusat, Tuhan anugerahkan besi dan emas sebagai sumber ekonomi."

"Tapi aku bimbang juga. Di sudut jangka panjang, besi dan emas tu adalah hasil bumi tiada ganti. Kenapa tak fokus pada hasil kayu balak ke, kelapa sawit ke; yang bila dah dituai hasilnya boleh ditanam semula."

Fendi diam.

Sambungku lagi;

"Aku selalu pergi Batu 3, Tapah. Kampung bapa mertua. Aku sedih bila lalu atas lebuhraya kat Simpang Pulai atau Gopeng. Gunung batu kapurnya habis gondol dan ada yang lenyap separuh dari gunung itu. Kan gunung itu pasak bumi. Kalau habis semua itu, mana nak cari ganti."

"Aku tahu sangat, hasil besi dan emas itu bukan sangat dipunyai oleh negara kita tapi diangkut keluar oleh syarikat luar negara. Kita cuma dapat sebahagian hasil jualannya saja."


Gunung memang sinonim dengan kehidupan masa kecilku. Rumah aku di kampung tak jauh mana dari kaki gunung dan jalan keretapi. Kehidupan aku juga banyak bergantung dari hasil mendulang bijih timah dan torehan pokok getah oleh mak dan adik ke2 ku setiap pagi dan petang.

Aku sebagai anak sulong di masa itu dipertanggungjawap oleh mak untuk menjaga 5 lagi adik-adik lain; memasak, mengemas rumah, cari kayu api dan membasuh pakaian sementara mak mencari rezeki. Abah ketika itu menghidap  schizophrenia.

6 ulasan:

Anonymous one berkata...

IM, itulah yang AO risau... AO bekerja di kilang semen.. bukit belakang kilang semen di tarah ..hurmm AO pikir bagaimanalah nanti jika sudah habis di tarah.. bukit belakang kilang semen tuh hayat seratus tahun. WA

Maiyah berkata...

semakin berubah
moga iman kita ttp kukuh ;)

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Apabila saudara mengimbau momen-momen masa lampau yang telah ditinggalkan, saya turut 'larut' mengimbau momen-momen saya.

Sekitarannya berbeza tetapi impaknya sama. Momen-momen itu tidak akan terlupakan selagi hayat di kandung badan.

Granny Hani berkata...

IM, Bumi sudah tua. kalau di fikir fikirkn memang menakutkan..

insan marhaen berkata...

ao,
terdedah kepada habok simen tak merbahaya pada kesihatan ke?

uk,
momen yang lalu memang nostalgik. itu saja yang pusakakita miliki bila dah berusia beginit.

maiyah,
berubah ke arah yang lebih baik hendaknya, insyaAllah.

GH,
fitrahnya begitu. kita bersiap sedia sahajalah.

Anonymous one berkata...

bahaya IM, saya pakai pelindung hidung.. sebolehnya tapi kadang-kadang saya tersedut juga..mula2 kerja batuk2 sampai sakit dada skrg dah ok sikit.. hehe