Ahad, 10 Januari 2021

Catatan Hujung Minggu

Sebenarnya banyak perkara yang nak aku rakamkan ke dalam blog aku ini sebagai sebuah catatan, diari atau otobiografi diriku sendiri tapi tu lah... Keghairahan menulis dan peluang/masa itu semakin terbatas atau luntur.

Aku tak tahulah sejauhmana pengikut blog aku ni rajin membaca, tak jemu membaca atau meluat dah membaca cerita yang sama sahaja bentuknya dalam setiap entri post aku ini. 

Aku cuba tak mahu bersangka negatif atau setidaknya cuba menganggapkan bahawa yang sudi membaca, bacalah. Kalau tak sudi, akan tidak ada siapa siapalah lagi yang akan membaca blog. Syok sendiri sahajalah aku!

Apapun, tujuan aku menulis blog ini dulu pun hanya sekadar suka suka meneruskan hobi aku menulis. Menulis ini hobi sejak di bangku sekolah menengah rendah lagi. Bila ada medium blog, maka seperti orang mengantuk disorong bantal, sukalah sangat aku mengetuk biji biji keyboard. 

Dulu aku menulis menggunakan mesin taip, hadiah dari arwah abahku kerana aku mendapat gred 2 dalam SRP. Namanya aje gred 2 tapi tak kemana pun. Tingkatan 4 masuk sekolah menengah biasa sahaja. Bapa saudara aku ada juga bising sebab katanya dengan result SRP aku dulu tu (1975) mungkin boleh memasuki sekolah berasrama penuh atau paling tidak baik sikit dari sekolah aku semasa itu. Emak dan abah aku orang kampung. Manalah dia tahu peluang seperti itu ada kalaulah tidak ada orang lain yang tahu itu membantu.

Semalam aku diberitahu oleh adik lelakiku Abi Hurairah, dia disahkan positif Covid19. Allahu, selama ini mendengar orang lain sahaja yang kena, hari ini tiba-tiba adik sendiri pula yang disahkan selepas menjalani swab test di tempat kerjanya. Sekarang beliau menjalani kuarintin sendiri di rumah sementara mendapatkan arahan selanjutnya dari pihak hospital.

Adik aku ini seorang yang rajin ke masjid. Maklumlah, masa belajar di ITM dulu dia ada mengikuti Jamaah Tabligh. Sekarang ini pun dia masih ikut juga walaupun tak sekerap masa belajar dulu. Dia sanggup ambil cuti 3 bulan untuk menunaikan syarat bermusafir ke India. Seorang yang baik, bertanggungjawap terhadap keluarga dan selalu balik kampung ziarah mak aku yang sekarang ini kian uzur.

Tentang aku pula, aku tak pasti bagaimana masa depan aku. Kekadang mahu sahaja aku berhenti kerja kerana sesekali berasa amat stress dengan kerja dan keletihan ini. Aku tahu performance aku dah tak seperti dulu. Ada kerja-kerja yang tak dapat aku buat se 100% mengikut piawaian yang bos aku kehendaki. Tapi kalau berhenti nak sara hidup diri dan istriku bagaimana? Sedangkan gaji sebulan RM1k tolak socso/epf pun tak cukup. Selalu minta top up dari anak-anak. Kekadang ada juga kawan-kawan yang sudi membantu beri sumbangan.

Untuk istriku ini sahaja, bulanan membayar alat bantuan Oksijen RM350 sebulan. Kos biaya letrik semakin menaik sejak dia menggunakan mesin ini + penggunaan penghawa dingin. Semua itu mencecah RM200 sebulan. Nasib baik hutang rumah dan kereta dah selesai. Haa... tu tak termasuk lagi maintenance kereta, insuran/roadtax. Selaluya bila aku keputusan wang aku pasrah sahaja kepada Tuhan.

Ibu_suri tak tahu semua kesusahan ini. Dia tak boleh tahu sebab akan tambah kusut kepala aku jika dia bertanya itu ini dari pagi sampai ke malam. Jenuh nak cari jawapan balas yang boleh dia fahami dan memuaskan hati.

Entah apa pula yang terjadi pada Akhmal di penjara Penang, aku pun tak tahu. Sejak dia kena tangkap awal tahun lepas aku lansung tak jenguk dia. Tawar sungguh hati aku ini. Aku agak sekarang ini mungkin dia berada di penjara Jawi. Mungkin juga dia dijatuh hukum selama 5 tahun dan sebatan. Mungkin sahaja.

Sesekali terbayang dibenak aku, jikalah ditakdirkan aku melawat dia di penjara nanti mau bergantang-gantang maki dia kepada aku sebab tak pernah ambil tahu pasal dia selama di penjara reman di Penang atau pun penjara tetap di Jawi. 

Sekali lagi, aku serah semua ini kepada Allah. Aku tak mahu beratkan dadaku ini yang memang dah sarat dengan bebanan. Esok punya cerita, esoklah aku fikir dan aku hadap.

Untuk sekarang ini aku terasa lapar dan nak pergi makan sekejap. Nak makan apa, entahlah. Takada menu dalam kepala.

Kelmarin aku pergi ke klinik setelah lama aku ponteng. Doktor tegur aku kerana hampir setahun aku tak buat appointment. Dah setahun? Aku macam tak sangka selama itu.

Tapi pemeriksaan tekanan darah dan gula pada aku kira ok lah dari apa yang aku jangka. Sudah tentu kalau tanya pendapat doktor dia kata tahap gula dan bp aku tinggi.

Aku sekarang ini amalkan minum teh bunga ratu pari dan minyak zaitun. Aku memang tak boleh nak buang sikap minum 3in1 100% jadi aku perlu dapatkan alternatif lain. Dalam masa yang sama cuba kurangkan kekerapan 3in1 itu.

Sebenarnya, aku menulis ini di ofis kerjaku. Datang sekejap untuk selesaikan satu dua perkara mustahak!

Doakan aku ya sahabat... Jika masih ada yang follow!

12 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Jika menulis itu dapat meluahkan apa yg terbuku dan menyesakkan dada, apa salahnya terus menulis, pasti ada yg sudi membacanya. Saya selalu juga singgah di sini, cuma jarang tinggalkan komen sbb rasa tak tau nak komen apa.

Wak Lat berkata...

salam bang marhein (sory xtau nama abg ye).,
srp (1975) wak pasti umo abg dh warga emas? sedih kalo masih bekerja utk menyara kehidupan sendiri dan orglen juga..
nk tau juga simpanan xde ke, ie kwsp ke? insuran ke? wak tnye je.. bukan ape, nk jugak buat peringatan utk diri sendiri.. ibu suri dulu keje apa? ibu suri pon xde simpanan ke? tnye je, xnk jwp xper..

semoga dipermudahkan urusan abg marhein dan ibu suri.,
akhmal tu anak angkat je kan? dia masuk jail sbb dadah kan? sori kalo silap..

insan marhaen berkata...

WakLat,

memang saya dah wargaemas. kerja lama berhenti pada 2014. sekarangbekerja dengankawan. ibu_suri dulu guru tadika. dia jatuh sakit semasa masih bekerja 2008.

dulu ada simpanan tapi silapnya,banyak habis kat anak anak ( ini satu peringatan yang penting. duit kwsp adalah untuk sara hidup kita bila takbekerja. anak anak sepatutnya urushidupmereka sendiri ).

tentang akhmal itu,ya...

Warisan Petani berkata...

Banyak pengajaran di sebalik cerita ini.
Semoga im sentiasa tabah.

Syaz Rahim berkata...

saya agak tuan blog ini seusia bapa saya sebab srp 75. saya masih membaca nukilan pakcik. tulislah pakcik, jika itu yang boleh meringankan fikiran. semoga dipermudahkan urusan pakcik <3

Umialya berkata...

Saya banyak silent reader kat sini, tak jemu2 cuma tak tau nak komen apa..

Pendapatan RM1k/bulan mmg tak cukup, saya yang agak lebihpun ngam2 je sebulan bila ditolak dgn loan rumah/kereta/utiliti/insuran/zakat/income tax/perbelanjaan anak2 dsb.

Suria Amanda berkata...

Ujian demi ujian adakala menyesakkan jiwa kan IM, SA doakan IM sentiasa kuat semangat dan tabah hadapi dugaan semua ini...berat betul perkara yang digalas di bahu...

insan marhaen berkata...

terima kasih semua kerana komen. juga buat silent reader yang percaya ada. saya cuba menulis dengan hati, dengan harapan catatan saya juga akan memberi manafaat kepadaa semua.

ramai kawan blogger saya dahulu sudah gantung keyboard. tak nampak dah blog mereka dikemas kini.

Unknown berkata...

Saya merupakan pembaca senyap blog sdr....saya doakan agar sdr diberikan kekuatan utk menghadapi kehidupan yang mencabar ini...

Awanama berkata...

Assalamualaikum ,

tak pernah jemu membaca kisah coretan IM dan Ibu Suri.
Hanya doa dari kejauhan yang mampu dititipkan.
Semoga segala urusan IM dipermudahkan dan dilancarkan.

Awanama berkata...

Tuan,

Saya baca dikomen mengatakan yang Ibu Suri jatuh sakit semasa beliau masih bekerja. Jika Ibu Suri ada mencarum Perkeso semasa bekerja, mungkin boleh memohon skim Ilat, ada pencen Ilat atau bantuan Ilat. Ada juga Elaun Layanan Semasa jika orang lain yang perlu menjaga orang berinsurans. Mungkin boleh check dgn pejabat perkeso terdekat.

KWSP ibu suri juga jika ada boleh dikeluarkan utk bayaran perubatan. Selain itu, jika ibu suri penerima BSH, ada program Peka B40 yang mana kos alat perubatan juga diberikan. Selain itu, jika doktor mengesahkan ibu suri dlm kategori OKU, beliau boleh didaftarkan dan mendapat manfaat oku.

Harap tuan boleh check dengan pihak2 berkenaan atau minta bantuan dari pihak ADUN/wakil rakyat. Memang banyak prosesnya, tapi InsyaAllah dapat membantu serba sedikit.

ummuhaikal berkata...

Saya sentiasa mendoakan agar tuan dan keluarga dimudahkan urusan oleh Allah dan dirahmatiNya.