Esok, mau atau tidak aku perlu bawa ibu_suri untuk melawat Akhmal di Penjara Sungai Petani. Dah beberapa hari membising di telinga. Alhamdulillah sebab Along sudi kirimkan sikit duit untuk biaya aku ke sana. Sejuk hati seorang ayah bila punyai anak yang memahami begini. Sesekali fikir, kenapa aku cuma dikurniai 2 anak saja. Kalau ada ramai macam mak aku di kampung kan best - 9 orang dan semuanya menjadi orang!
Ahad pula ada majlis kenduri keluarga adik ipar tak jauh dari Sekolah Permatang Tok Kandu. Itu kawasan keluarga yang kuat BN. Nak bawa ibu_suri ke sana pun perlu hati-hati juga.
Mak aku akan ke sana juga. Adik beradik dari kampung juga ramai yang akan datang. Aku suruh mereka bermalam di rumah adikku - Darul di Kulim. Mudah bagi mak aku yang separa lumpuh itu ke bilik air dan diurus makan minumnya. Khabarnya, mereka akan buat pesta ikan bakar. Tak sabar ibu_suri yang akhir-akhir ini suka sangat hidangan ikan bakar. Terpikatnya dia itu bermula sejak aku bawa makan ikan bakar di Food Court Gelas Besar di Permatang Janggus. Seekor ikan Siakap untuk 2 orang makan sekitar RM20. Sesekali ok la...
Pergi dengan Kancil ibu_suri itu sajalah nampaknya. Walaupun kondisi Kancil itu sejak kemalangan dulu tak berapa stabil, aku pandu juga. Nak pinjam Viva Angah selalu pun segan pula. Maklumlah, kereta orang.
Apapun, aku memang dah setkan minda aku ini dengan program hujung minggu yang begini. Aku ambil sikap berlapang dada melayani kerenah ibu_suri. Bagi aku, selagi aku sihat, poket ok dan kereta ok, aku akan ikut saja asalkan emosi ibu_suri stabil.
Seperti biasa juga, aku akan kemas dan lap bilik bagai rutin selalunya. Aku mau bilik aku yang tak seberapa ini dalam keadaan bersih dan sejuk mata memandang. Dah letih dengan rumah yang kelam kabut semasa anak-anak aku masih kecil dulu.
Harap juga aku dapat luangkan masa untuk berjamaah di masjid dan beriadah di Tasik Mengkuang. Tuhan... Beri aku ketenangan dan keterbukaan di sepanjang hujung minggu ini!
10 ulasan:
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan...amin..
Semoga Allah permudahkan IM..
selamat menghabiskan hujung minggu dengan ibu suri...
semuga segalanya berjalan dengan lancar..
Salam IM,
Semoga apa yg dirancang berjaya dijalankan
Eh IM, anak tu rezeki dari Allah..bersyukurlah dengan pemberiannya.
Saya ada 5 org anak..melayan kerenah mereka kadang2 boleh dapat darah tinggi!
Syukur kerana masih punya anak yang dapat membantu. Selamat berhujung minggu, IM.
happy ceria dihujung mingggu
Selamat berhujung minggu IM
dari blog NUR
akhmal masuk penjara? hurmm semoga semua dan perjalanan IM baik-baik saja.
uncle.. knp akhmal di penjara?
sory dh lama x ikuti.. huhuhu
Catat Ulasan