Selasa, 11 September 2012

Masih ada Aku...

sumber

Semalam, baru selesai bawa ibu_suri ke Klinik Kesihatan Kubang Semang untuk pengambilan sampel darah, pemeriksaan darah tinggi dan diabetis. Terkejut Pembantu Doktor itu bila melihat bacaan tekanan darah ibu_suri mencecah 200 dan berat badan bertambah 4 kg. Usahkan doktor, aku pun sebenarnya pening memikirkan hal ini sejak dulu lagi...

Seorang makcik tua masuk ke bilik doktor dan mengadu;

" Kepala saya pening dan mata berayaq."

"Awak ada darah tinggi ke?"

Geleng kepala. Akan tetapi sebaliknya bila doktor periksa;

"Mak cik, darah makcik tinggi ni! Mack cik pergi jumpa nurse di luar sana ya. Ambil berat badan dan tinggi mak cik."

Terasa belas pula di hatiku ini. mak cik yang aku kira lingkungan 70an yang mungkin selama ini merasa dirinya sihat tiba-tiba baru tahu ada darah tinggi. Lebih kesiannya, mak cik itu seperti datang bersaorangan. Mana warisnya?

Aku memandang ibu-suri. Setidak-tidak, ibu_suri masih ada aku untuk membantunya dalam segala hal!

Doktor mengarahkan ibu-suri mengambil sebiji pil dan kemudiannya berehat untuk selama 1 jam sebelum diambil semula bacaan tekanan darah.

Setengah hari juga di klinik itu sebelum bergegas ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk mengambil stok baru ubat Psikiatrik.

Aku ambil offday sebenarnya. Offday yang aku klem dari kerja lebih masaku selama membuat persiapan odit minggu lalu.

Hujan terlalu lebat. Khabarnya, rumah mak mertuaku di Taman Buah Pala banjir kilat kerana longkang tidak mampu menampung air yang mencurah melebihi kadar biasa...

Namun aku bersyukur kerana kelihatannya selama ini aku masih mampu menampung dan menyerap segala tekanan hidup walaupun pernah terfikir untuk lari jauh-jauh dari semua ini...

3 ulasan:

kakcik berkata...

Bila kita rasa susah, sebenarnya sentiasa ada orang yang lebih susah dari kita...

nur berkata...

Untung ibu suri.. IM jangan tension tension sangat ye.. semua itu ujian.. (emosi itu ujian juga)

insan marhaen berkata...

kakcik,
benar sekali. kita digalakkan merenungi orang yang lebih susah dari kita untuk mendapatkan motivasi.

nur,
benar. semua itu hanyalah COBAAN...