Halaman

Selasa, 25 September 2012

Persepsi


Aku harap pihak penjara berusaha merujuk Akhmal ke hospital. Jari kakinya yang patah akibat kemalangan lalu masih tak baik sepenuhnya. Aku pun tak tahu nak kata apa dengan anak sorang ni. Aku pasti ini kerana dia tak makan ubat antibiotik yang diberikan oleh doktpr orthopedik mengikut jadual. 

Dokumen perubatannya sebelum ini telah aku serahkan kepada  pihak penjara. Terkejut juga aku bila pegawai penjara menalipon aku ketika makan pagi di kafetaria Isnin lalu;

"Kami rasa anak encik perlu di rujuk ke hospital"

"Kenapa?" Aku bergegas bangun mencari kawasan penerimaan tallian yang lebih baik. Hiruk pikuk orang lain berbual buatkan aku kurang selesa.

"Jari kakinya kami tengok hitam. Dia mengadu sakit."

Serta merta seolah-olah seluruh darah menyerbu ke kepala. Rasa bersalah bertimpa-timpa di dada. Seperti kebiasaan, aku menarik nafas panjang dan dalam. Walaupun sebelum ini aku terasa marah dan kecewa dengan sikap liar Akhmal tapi bila dalam situasi begini aku terasa belas.

Sewaktu aku berbincang dengan pegawai penjara tentang Akhmal, mereka melayan aku dengan baik. Persepsi negatif aku tentang penjara sebenarnya tak perlu aku layan. Aku tahu mereka juga manusia biasa. Mereka juga ada anak yang mungkin juga nakal seperti anakku yang seorang ini. Kalau pun ada di antara mereka yang tidak baik, cuma segelintir. Dan segelintir itu mungkin di pihak atasan sahaja...

11 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik pernah berjumpa dengan pegawai2 penjara yang sangan berhemah dan berbudi bahasa. Tahniah buat mereka kerana menunjukkan sikap yang terpuji.

Semoga keadaan kaki Akhmal itu tidak memudaratkan kesihatannya.

Norhaizan hakim berkata...

saya juga ada saudara bertugas sebagai pegawai penjara, walaupun wajahnya nampak garang tapi dia seorang yg sangat menghormati org lain.

Semoga kaki akhmal tidak menjadi gangrene dan boleh didelamatkan.

nurazzah8 berkata...

Salam IM,
Semoga Allah SWT Permudahkan Segala urusan IM dan anak ...Ameen.

ku-cit berkata...

kdg2 sebabkan nila setitik abis susu sebelanga....

JR berkata...

Setiap ujian yg mengundang adalah tanda Allah memerhatikan kita, menyayangi kita, menguji kesabaran kita. Semoga Allah lindungi keluarga IM dan insan2 muslim lainnya...

pB berkata...

Semoga Allah sembuhkan penyakit Akhmal .....



❤Kamsiah❤ berkata...

speechless...
ujian yg diturunkan moga menghapuskan kesilapan semalam..

Ibu n Abah berkata...

IM..
kebetulanlah pula..
arwah bapak saudara suami dan sepupu suami adalah waren penjara...
memang orangnya sangat berlemah lembut dalam berbicara sehinggakan berkali2 saya bertanya benarkah mereka bekerja sebagai warden. Persepsi saya warden penjara ialah seorang yg misai melenting dan kasar bahasanya...
Jika kakinya dah kehitaman, dikuatiri dah jadi 'gangrene'... harapnya masih dapat dirawat... Insya'Allah.

Bapak berkata...

kadang-kala bersangka baik itu tidak menyeksakan batin dan minda...

jika kaki kehitaman itu bimbang gangrene..semoga kaki Akhmal cepat sembuh..

Anonymous berkata...

semuga Akhmal berjaya dipujuk untuk mendapat rawatan dan kakinya dapat segera sembuh. semua pekerja yang berihsan mendapat keberkatan.

ujian anak nakal amat berat. hanya boleh yakin dan sabar dengan ketentuanNYA.

InsyaAllah anda tergolong dari orang yang sabar.

Anonymous one berkata...

Aish akhmal ni ...semoga cepat sembuh!