Halaman

Isnin, 15 Oktober 2012

Curcuma domestica Loir


Bukan main beriya ibu_suri menyuruh aku menalipon Angah yang masih berada di Ipoh supaya bawa balik kunyit yang subur dan lebar daunnya di belakang rumah mak.

" Sebenarnya kunyit yang mak tanam tu sama je dengan kunyit kita ni. Mak beli benihnya dari kedai juga. Bezanya tanah tempat kunyit mak tu ditanam lembab dan teduh. Pasal tu kunyit mak nampak subur dan daunnya lebar. Tanah kat rumah kita ni tanah campuran batu. Kita pulak penyegan nak siram selalu. Itu pasal kunyit kita kemetot jer... " terangku pada ibu_suri yang kekadang memang sukar memahami atau menerima hakikat sesuatu sejak mengalami sindrom mood dis-order ni.

Lagipun, kalaulah kunyit atau nama saintifiknya Curcuma domestica Loir yang hidup segan mati tak mahu kat laman sekangkang kera depan bilik aku ni hidup subur pun bukan sangat akan kami guna untuk memasak kerana kami banyak dari selalunya makan atau beli lauk dari kedai. Saje je ibu_suri ni berangan nak ada taman herba depan rumah tapi tak punya daya untuk mengusahakannya.

Dah lama dia tak usik pokok limau purut, pokok halia, pokok daun karipulai disamping pokok bunga kerak nasi dan pokok krismas. Malah pokok tanduk rusa dan pokok periuk keranya pun sudah lama mati tak terlayan.

Pokok langsuirnya pula memang sengaja aku biarkan berjemur di belakang rumah hingga mati kerana terpengaruh dengan kata-kata bomoh yang pernah merawat ibu_suri dulu bahawa pokok jenis itu yang aku kutip benih dari celah-celah pokok kelapa sawit di Mengkuang Titi dulu adalah tempat makhlok halus menumpang dan tak elok ditanam depan rumah.

Yang hidup subur di belakang rumah aku ni hingga tak boleh dibendung lagi cuma daun pandan atau Pandanus Odorus. Kalau ada sesapa nak ambil, ambillah. Aku dah tak kisah!

6 ulasan:

Granny Hani berkata...

pokok langsuir tu bukan Hantu atau jin yg suka singgah tapi ular. hati2 yg kat rumah akak ni pernah di huni ular tau.

Kamsiah Yusoff berkata...

alamak...kat depan rumah saya ada pokok langsuir jugak...walau ada yg cakap mcm IM cakap tu..saya tak pernah amik peduli...daunnya cantik mengurai...selalu letak kulit pisang kt dlm kelopaknya...

Ibu n Abah berkata...

IM..
baru dengar pokok langsuir.. mungkin pernah nampak tp namanya lain kot...
pokok kunyit, pandan, limau purut, pucuk ubi, bunga kantan, karipulai, daun kesom.. memang semua tu mesti ada kat umah akak... Bibik yg greenhand... tambah lagi baru2 ni pokok oregano....

Norhaizan hakim berkata...

Saya tak suka tanam pokok..sebab tak der masa nak jaga(kes bz ngalahkan menteri!).
Rumah mak saya di tk intan ada pokok langsuir ni,memang ada yg tumpang duduk...aneka jenis srangga!

radziah AR berkata...

IM, pokok langsuir tu yg mcmana ye?. yg berdaun membentuk seperti mangkuk tu ke?

JR berkata...

Memang pernah dengar juga metos tentang pokok langsuir yg kononnya tempat langsuir bertenggek tu. Sama ada ia cerita yg saja dibesar2kan atau fakta tak dpt dipastikan, org yg pernah kena taulah...