Halaman

Ahad, 14 Oktober 2012

Puncak Himalaya

Lanskap depan Penjara Sungai Petani

Sebenarnya aku masih letih dek seharian memandu, semalam. Pagi riadah mingguan di Tasik Mengkuang. Bawa ibu_suri bersama agar dia dapat menghirup udara baru dan berjemur di bawah cahaya matahari pagi. Asyik memerap saja di rumah kurang sihat untuk kulit.

Tengahari kami ke Sungai Petani, ziarah Akhmal. Terkilan juga kerana kaki Akhmal masih tidak dirawat oleh doktor hospital. Secara baik aku tanya pegawai penjara, kenapa? Rupanya pihak penjara menunggu perpindahan dokumen perubatan dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Sungai Petani. Itu mau makan beberapa minggu kalau tidak bulan. Tika itu nanti Akhmal dah dipanggil semula ke mahkamah. Ntahlah..

Balik, seperi biasa ibu_suri suruh drive ikut jalan jauh. Aku pujuk dia agar balik saja untuk sembahyang dan rehat. Aku curi tidur hingga menjelang Maghrib. Belas juga dia kepada aku walaupun dia sendiri tak boleh nak picing.

Selesai Maghrib dia push aku bawa dia jalan-jalan lagi walaupun bila aku bertanya ke mana, dia cuma hinggut bahu. Aku pun cari akal untuk selesaikan urusan perbankkan kemudian singgah makan di gerai Mee Pokok Ceri kat astaka tak jauh dari Masjid Seberang Jaya. Memang diperakui mee gorengnya sedap.

Balik menjelang 10 malam kerana itu masa Angah dan Ayu balik bersama Marissa. Sambil ibu_suri bermain dengan Marissa yang tak berapa mahu sangat dengan orang selain mamanya, Angah berbual dengan aku perihal dia nak balik kampung Ipoh esok. Memang, berbanding ziarah orang tua ibu_suri di Penang, Angah lebih suka ziarah mak aku di kampung.

Bila Marissa merengek mau tidur, ibu_suri tiba-tiba bangun dan tarik tangan aku;

"Jom bawa I ronda-ronda. Boring la.. Marissa dah tidoq!"

"Apa ibu... kesian kat ayah!" ujar Angah. Aku malas banyak cakap, meminta kunci. Bawa Viva Angah lebih relaks rasanya berbanding Kancil aku yang dah tak berapa best akibat kemalangan dulu. 

Sememangnyalah menjaga kebajikan isteri yang mood dis-order ini memang perlukan kesabaran yang tinggi malah lebih tinggi dari puncak Himalaya. Tuhan ingin menduga aku, sebenarnya!

7 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Sememangnya sekadar berkata-kata itu sangat mudah..tapi saya tetap nak berkta-kata..(sebenarnya satu kata je)..TABAHLAH!

JR berkata...

Saya juga sejujurnya tak berani jamin sama ada saya punya kekuatan sehebat IM utk menempuhi itu semua. Semoga malaikat yg menjaga dosa pahala kita akan mencatatkan yg terbaik utk org2 yg tabah spt IM....

makchaq berkata...

Bila kita berlapang dada buat sesuatu.. rasa kurang bebannya.. hati tak merungkam, insyaAllah pahala pun dapat..

Makchaq baru sampai dari penang.. Ana2 teringin nak makan nasik kandaq kampung melayu.. kami sampai penang pukui 1 pagi.. Lepas makan teruih balik.. singgah Taiping tengok mak.

Anonymous one berkata...

sabar dan tabah selalu IM

Temuk berkata...

Kesabaran, ketabahan, kekuatan - semoga kesemua ini Allah terus limpahkan ke atas IM.

Juju berkata...

IM,
Insan yang kuat dan tabah..insyallah ada ganjarannya disana nanti.

pB berkata...

semoga suami saya sehebat IM