Selasa, 2 Oktober 2012

Makan Malam



Sementara menanti nombor giliranku naik ke skrin digital Agro Bank Taman Selat, aku berbual dengan Angah tentang masa depan Marissa. Rekabentuk dalaman Agro Bank ini memang tampak profesional dan amat aku senangi.

"Kalau boleh kamu usaha cari kerja yang jenis office hour. Sekarang ni kamu dengan Ayu balik 10 malam tiap-tiap hari. Cuti pula tak sama. Kamu hari Ahad, Ayu hari Isnin. Cuba bayangkan bila anak kamu berumur 5 tahun, 6 tahun atau belasan nanti. Dia akan terbiar di waktu siang. Jauh malam baru kamu balik. Masa kamu bersama dia pendek."

Angah seperti biasa diam mendengar.

"Satu hari nanti mau tak mau Ayu kena berhenti kerja untuk jaga anak-anak kamu. Kalau ikut kata doktor dulu maksima Ayu boleh bersalin cuma ada 3 kali secara operation. Maknanya jika ada rezeki kamu, kamu akan ada 4 orang anak."

"Paling baik cuba usahakan paling minima makan malam bersama-sama. Masa makan itulah masa terbaik untuk kamu mendengar luahan hati anak dan isteri kamu. Jangan marah-marah masa makan sebaliknya masa itu masa terbaik untuk memberi nasihat."

"Kalau pun Ayu tak sempat memasak kerana kerja, beli lauk pun tak apa. Masak nasi sendiri, hidang dan makan bersama. Jangan amal sorang makan depan tv, sorang lagi makan di dapur dan sorang lagi makan masa lain."

"Air tangan mak yang memasak untuk anak-anak lebih baik. Bila mereka besar nanti mereka boleh bercerita tentang sedapnya masakan mak mereka. Tak ada siapa yang mengatakan masakan orang lain lebih sedap melainkan masakan mak merekalah itu."

Sebenarnya, berbanding Along; Angah lebih beruntung kerana banyak nasihat dan pengalaman hidup aku, aku pindahkan kepada dia. Along itu perlu mekanisma lain pula untuk aku bercerita bila sampai masanya!

3005....Ah! nombor aku dipanggil!

9 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

bangga saya kerana angah ada kelebihan itu..
IM insyallah.. angah jua bsetuju..

PS: Saya diajar dr kecil mkn minum semeja.. alhamdullilah y baik2 bt kami anak beranak

PS:
TIDAK MAHUKAH ANGAH BERNIAGA? kdi mknn, buahan contohnya...

Kakcik Nur berkata...

Kita sentiasa inginkan yang baik2 buat anak2..,

Ibu n Abah berkata...

IM..
betul tu...
pada kita semua... 'air tangan' mak kitalah yang paling sedap sekali dalam dunia...

Norhaizan hakim berkata...

Betul IM..tad de chef di dunai yg boleh tanding dgn air tangan ibu.
Di hujung minggu, suami selalu ajak saya dan anak2 kami seramai 5 org tu makan di luar. Dia kesian kut tengok saya asyik memasak di dapur...dan meja yg paling bising ialah meja kami!

hrusli61 berkata...

Terima kasih di atas pengisian IM. Saya anak emapt orang. Semua duduk luar kecuali yang sulong. Itu pun kerja 3 shift.

Kami jarang dapat makan bersama.

Kadang-kadang menitis air mata bila cuma makan berdua sahaja dengan isteri.

JR berkata...

Nasihat terbaik utk insan2 yg kita sayangi....

Deru Ombak berkata...

Makan malam sangat penting duduk semeja...

NoorVictory berkata...

Saya suka baca entri nih. :)

Kadang datang sini macam baca cerpen pun ada. Cuma cerpen ini tentang realiti hidup yang banyak asam dan garamnya dan nasihat untuk mendepani hidup yang kadang-kadang merengsakan. :)

NUR berkata...

IM..
Betul tu.. Makin lama makin kurang komunikasi realiti.. Lagi banyak komunikasi maya pulak nanti..