Halaman

Jumaat, 9 November 2012

Hujung Minggu

perkhemahan grup usrah di pulau songsong
Ada kenduri di rumah mak saudara ibu_suri Sabtu ini di Kampar. Sebab kenduri saudara itu juga ya... aku berat untuk pergi. Tapi yang lebih beratnya ialah kerana mahu bawa ibu_suri jalan-jalan jauh sikit dari kebiasaan.

Oleh itu walaupun dengan hanya menaiki Kancil aku yang tidak berapa stabil bagi perjalanan jauh ini, aku kentalkan juga semangat untuk pergi sekalipun kelajuan maksima yang aku boleh pecut hanya sekitar 80km/jam. Aku harap aku tidak mengantuk  ketika pemanduan.

Kakak ipar nak ikut pergi sama. CT pun nak ikut. api aku bagitau ibu_suri bahawa maaf... kita tak boleh tumpangkan mereka. Kancil ini kuotanya untuk berdua kami saja. Aku tak pasti kakak ipar atau CT itu tahu dan faham.

Hari Ahad juga ada kenduri. Hari Ahad juga mau tidak mau aku mesti bawa ibu_suri berjumpa Akhmal. Seminggu ini ibu_suri asyik meratus kerana rindukan Akhmal. Sementara sikap aku yang bersahaja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku membuatkan ibu_suri selalu menyoal aku; you tak rindu ke dengan Akhmal? Aku lebih banyak diam saja...

Hidup yang ujiannya sambung menyambung ini buatkan aku terpaksa berfikir dan lalui satu persatu. Aku tak mampu nak harung kesemua sekaligus.   

Beberapa hari ini pun aku rasa reputasi aku tidak memberansangkan. Aku lebih banyak lepak dari membuat kerja-kerja rumah. Lebih banyak mengeluh dari berbuat sesuatu. Kaki aku masih sakit-sakit dan sukar untuk duduk antara dua sujud.

Renyah menjaga ibu_suri yang terlalu banyak etong dan remeh-temeh ini buat aku kekadang rasa jemu dan seperti mahu bawa diri jauh-jauh untuk menyendiri beberapa ketika.

10 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Bulan ni memang banyak orang buat kenduri dan saya pun banyak mendapat undangan perkahwinan.

Dan hidup ini banyak dugaannya..hanya ubatnya, bersabar

Kakcik Nur berkata...

Teruskan bersabar, IM.

Ramai yang mendoakan kesejahteraanmu.

mario berkata...

gambar tu..perghhh cantik...kat tepi sawah ke eh...suasana mcm best je tu...

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Kita sebagai manusia, perasaan ada up and down. Semoga IM tabah dan sabar sambil ingatlah kesenangan pas ada jua kelak tidak di alam dunia mungkin di sana nanti. Ada ganjaran yang menantik di atas segala kebaikan yang dilakukan.

Norhaizan hakim berkata...

Macam boleh faham apa yg saudara IM lalui...tapi berst mata memandang berat lagi bahu yg memikul..seperti yg selalu saya katakan...tabahlah!

Ibu n Abah berkata...

Setuju dgn komen norhaizan..
Berat penanggungannya dari yg mendengar..
Cuma bertabahlah sbb ALLAH menduga IM kerana IM kuat dan mampu... Bukan calang2 org mampu dan larisblm berjuang....

Norhaizan hakim berkata...

reply @Suara Merdu..
saya tidak mempertikaikan kegarangan guru mampu mendidik anak2 dengn baik, cuma saya tidak setuju cara dia berkomunikasi kerana tadika itu beroreantasikan Islam dan bagi saya cara dia tidak Islamik.

JR berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Skrip kehidupan kita bukan ditentukan manusia, tapi Yg Maha Kuasa. Bila dia menurunkan musibah, pasti ada hikmah. Bersabarlah selalu melaui takdir Illahi...

Jurnal Murahan berkata...

"Kaki aku masih sakit-sakit dan sukar untuk duduk antara dua sujud."

saya kalu dah jadi gitu tanda bunga2 kena start joging balik tu ahaha

Anonymous one berkata...

Kekuatan IM menjadikan saya bersemanagt untuk terus memberi thank you!