Halaman

Rabu, 9 Januari 2013

Mamak Supi

Penghormatan terakhir aku berikan kepada  Allahyarham Mamak Supi - bapa saudara ibu_suri yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital besar Pulau Pinang pada usia 76 tahun.

Jenazah disembayhangkan di rumah pangsa Tanjung Tokong dan dibawa ke Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya untuk di sempurnakan.


Sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara. Segala kesenangan akhirnya akan ditinggalkan. yang dibawa bersama ke alam berzakh hanyalah 3 : Amal, sedekah  dan doa anak dari anak yang soleh.

Balik ke rumah, aku minta izin dari ibu-suri untuk tidor sekejap kerana rasa badan terawang-awang. Bila bangun, teringat pula nak ziarah kakak ipar yang khabarnya hampir diserang stroke semalam. Mujur cepat-cepat di bawa ke hospital.

Semua ini menginsafkan aku agar betapa kerdilnya diri ini dan betapa singkatnya masa yang masih aku ada. Dan semua ini juga membuatkan aku terasa amat sayang pada diri dan amat menghargai pada sekalian insan yang ada di sekeliling:  ibu_suri, anak-anak, mak dan adik-adik!

6 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM...
Ibu suri org minang ka sebab panggil pakcik 'mamak'?
Semuga rohnya ditempatkan bersaMa para solihin..

ANIM berkata...

alfatihah...semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman..

p/s kematian itu kiamat buat diri kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Hidup hanya sementara. Jadi kenalah kita cari bekalan secukupnya.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mamak Supi. Takziah pada keluarganya.

insan marhaen berkata...

Ibu n Abah,
Kat Penang ni panggilan mamak tu biasa. Kalau nak ikut ibu_suri keturunan Rawa.

Anim,
Kematian juga sepatutnya menjadi iktibar buat kita yang masih hidup dan akan ikut serta bila tiba masa.

Mak Long,
He.. he.. sedap gelaran tu.

IM rasa masih banyak yang tak cukup ni. Gentar pula bila kenangkan WAKTU yang tak tahu bila akan tiba.

Jay Ar berkata...

Alfatihah dan salam takziah utk keluarga nya. Semoga selagi nadi berdenyut kita akan sentiasa dituntunNya ke jalan yg benar...

Anonymous one berkata...

Moga rohnya di cucuri rahmat. Sungguh sangat pendek masa kita di dunia ini IM