Halaman

Khamis, 10 Januari 2013

Peluang

Beberapa hari ini masa tidur aku menjadi semakin pendek. Sejak aku mula membuat comeback bersama rakan seperjuangan di medan dakwah di bawah naungan jamaah IKRAM; aku mengorban banyak dari masa senanglenangku.

Tadi selepas usrah di Taman Pelangi, mantan naqibku - Isa minta aku meluangkan masa singgah di PELITA untuk berbincang tentang Tadika Amal Rintis. Ada cadangan untuk mempelawa aku menjadi Ahli Lembaga Pengarah (ALP).

Aku meminta kepada beliau supaya membenarkan aku kembali secara perlahan ke dalam apa juga aktivisma IKRAM. Tidak mahu terjun secara mendadak kerana aku perlu megambilkira tanggungjawap yang aku ada sekarang.

"Anta cuma ada 2 tahun saja lagi dalam mencapai usia persaraan. Kami offer anta peluang ini"

Aku pernah bercakap dengan sahabatbaikku - blogger JH tentang hasrat aku pabila mencecah umur persaraan nanti, aku ingin berbuat sesuatu kerja yang aku minat disamping mampu menjana saraan hidup dan kerja itu  pula memberi manafaat kepada masyarakat banyak. Kira-kira 3 in 1 lah!


Gimanapun, aku tak perlu buru-buru. Aku tahu aku masih ada ibu-suri yang mesti aku ambilpedulikan; ada Akmal yang masih samar masa depannya. Dan masih ada Along yang belum ada tanda-tanda mahu kahwin!

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

sesuatu peluang tak datang utk kali kedua...

makchaq berkata...

Kalau ada aktiviti luar boleh jugak hilangkan stress, sebab boleh jumpa kawan2, terutamanya lepas pencen..

abu muaz berkata...

berbakti dan berkhidmat untuk orang lain adalah amal yang besar ganjarannya.

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Betul juga tu. Cuma masa tawaran itu datang agak sukar untuk digarap.

makchaq,
nat ni bukan hilangkan stress. tambah lagi ada. maklumlah, nak berdepan dengan pihak ke 2 dan ke 3.

abu muaz,
betul tu. tapi mesti diiringi denga keikhlasan. itu yang kekadang manusia tertewas...

ANIM berkata...

yakin Allah bersama kita,, semuanya akan dipermudahkan. semoga IM mendapat "petunjuk" untk langkah seterusnya.

Norhaizan hakim berkata...

Semoha Allah akan memudahkan segala urusan saudara. tidak semua org berpeluang berdakwah spt IM.
Mungkin hati Along belum terbuka atau dia pernah terluka ?