Halaman

Ahad, 10 Februari 2013

Biografi Keluarga

Ntah kenapa tidak ada kemahuan untuk menulis dibeberapa hari ini. Sebaliknya aku lebih banyak mengisi masa di depan komputer mengaktifkan semula blog yang aku buat khas atas nama abah - SRI MERSING dan  FB pula atas nama mak - KELUARGAOPAH. Udah lama ianya dipetisejukkan.


Aku ingin menggunakan hayatku yang masih ada ini dengan merakamkan semua peristiwa yang masih ada di dalam memori aku yang semakin mengurang bytenya. Aku harap ianya akan menjadi sebuah biografi keluarga yang akan menjadi rujukan atau tatapan buat adik-adik dan generasiku akan datang.

Beruntung juga kerana aku sempat hidup di zaman ini. Zaman yang kita boleh menulis dan berkongsi dengan orang lain tanpa perlu ke syarikat penerbitan untuk menjadikan ia sebagai sebuah buku.

Agaknya, di zaman akan datang ntah macam mana bentuk bahan bacaan yang akan diinovasikan. mungkin tak perlu ada komputer atau talipon pintar. Baca melalui cermin mata khas agaknya.

5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

IM..kdg2 saya terfikir jugak..inilah yg akan ditatap anak cucu cicit nanti jika kita telah tiada...

smbotak berkata...

Alamak bang, nostalgia betul la honda bulat tu. Kalau kita terjumpa catatan orang2 tua kita, mesti tak ternilai berbanding dengan medium canggih zaman sekarang...

Jay Ar berkata...

Kira2 10 tahun dulu ketika mula berkenalan dgn internet JR pernah menulis biografi diri yg disimpan dalam sebuah komputer buruk (masa tu JR belum ada laptop). Tapi kerana perangai JR yg selalu menulis panjang2 dan kekangan waktu, ia mengambil masa yg sangat lama utk siap. Dan akhirnya JR tak dpt menghabiskan biografi diri apabila komputer buruk itu rosak dan segala catatan mengenai kisah hidup JR hilang begitu saja.....

Amin A. R berkata...

ada sesetengah kenangan yang kita tidak akan ingat di suatu hari..ada baiknya ianya dicatat untuk dibaca di kemudian hari :)
~salam ziarah~

TiranaAduka berkata...

ta pun bgitu jua..di blog ta abadikan.