Halaman

Khamis, 7 Februari 2013

Kerana Tawaf

Perasaan amat gembira kerana apa yang dinanti sudah tiba. Sebuah jam tangan hitam jenama HIJRA hitam kini jadi milik aku.


Memang agak rimas bila dah bertahun-tahun tangan ini tidak digelangi dengan jam tetiba hari ini aku mengikatkannya di pergelangan. Bukan di sebelah kiri seperti kebiasaan orang tetapi sebaliknya di sebelah kanan. Pemakaian yang baik seeloknya berada di sebelah kanan, kan begitu sunnahnya?

Dah lah begitu, cara fikir juga kena ubah bila setiap kali hendak melihat waktu. Biasanya dari kiri ke kanan sekarang ini kena melihat dari kanan ke kiri. Sesekali rasa, seronok juga dengan cabaran minda yang baru ini.

Walaupun agak pelik bentuk dan saiz jam pada pandangan retro aku ini namun kerana rekabentuk yang mengikut konsep tawaf di Kaabah, aku cuba memecahkan tembok kejanggalan ini.

Harganya RM120. Kawan sekerja yang menjualnya. Dia sendiri pun membelinya secara atas talian dan sudah ramai kawan-kawan lain memakainya.

Kalau tidak kerana konsep tawafnya, mungkin aku masih bergantung pandang pada jam dinding atau jam di talipon bimbit!

7 ulasan:

smbotak berkata...

takpe, awal-awal janggal sikit. apa pun, rezeki tu...

Mario berkata...

pernah dengar jugak jam ni tp kat mana ek nak beli?design ada berapa jenis?

Anonymous one berkata...

saya pun jrg pakai jam..kekok jer... hehehe. apapun itu perubahan yg baik.

Jay Ar berkata...

JR dah bertahun2 tak pakai jam, kalau pakai sekarang agaknya tangan rasa berat dan rimas...

ANIM berkata...

saya sudah lama memakai jam tangan di kanan. jadi cikgu ni, kalau tak sarung jam, payahlah nak tengok waktu beredar kelas. kalau asyik tengok hp, nanti murid sangka kita guna hp lak dalam kelas..
menarik jam tu..versi perempuan ada tak?

insan marhaen berkata...

smbotak,
Memang teramat janggal. Susah nak menulis dan ganggu ketika kerja-kerja baikpulih alatan elektronik.

mario,
Kalau cari dalam internet ada banyak. IM beli dari kawan IM. Dia buat bisnes atas talian. Saja sokong dia - seorang anak muda yang berperibadi Muslim.

AO,
Akhirnya IM mengalah dan memakainya di pergelangan tangan kiri.

Jay Ar,
Walaupun dah seminggu memakai jam ini tetapi masih terbawa-bawa sikap tertinjau-tinjau jam dinding atau jam talipon tangan bila nak tau waktu terkini.

ANIM,
Versi perempuan tak ada agaknya. Tapi sekalipun ini versi lelaki, jam ini agak rugged. IM ambil masa juga buat keputusan beli jam ni. Kalau tak kerana TAWAFnya, IM tak beli la... Segan!

TiranaAduka berkata...

ta ada elegik pd jam tangan.