Halaman

Rabu, 6 Februari 2013

Durian Yang Ditebuk Tupai

Sempat berbual dengan seorang sahabat India semasa minum petang di kafetaria tempat kerja. Aku ajukan pandangan aku;

"Ramai kawan kita di sini, one by one sudah pencen. You also!"

"Yeah... sooner, all of us will be leaving. New comers take over our job."

"Kita sepatutnya menghargai kehidupan kita sekarang. Make it valuable!"

"Betul tu. Kita mesti hidup dengan happy. Jangan tension teruk-teruk. Takes easy dalam apa problem sekalipun."


Memang betul kata dia. Kalau ada masaalah kita anggap itu satu cabaran. Kalau ada yang kita tidak berkenan, kita jangan lihat pada yang tidak elok sebaliknya carilah apa yang baik dari dia.

Umpama buah durian yang ditebuk tupai. Sebenarnya, itulah durian yang terbaik. Kita kupas dan kita makanlah bahagian yang tidak rosak. Bahagian yag rosak kita buangkanlah.

Semasa usrah di Taman Pelangi tadi, aku tertarik dengan kata-kata bekas naqibku - Isa;

"Hidup kita di dunia pasti akan mengharungi pelbagai masaalah hidup. Kalau hidup kita sentiasa ok jer, tak ada apa-apa masaalah; ada yang tidak kena dengan  diri kita. Semaklah!"

Apapun, pergantungan diri kita terhadap Allah, jangan diabai...

4 ulasan:

Anonymous one berkata...

terima kasih atas nasihat ni IM. AO pun rasa Allah sayang AO bila AO banyak masalah..bahagia... doa pun tak leh kyusuk.. doa tapi xder nilai.. last2 bila terlampau bahagia.. (kononya) xder masalah.. malas terus nak berdoa.. bila Allah datangkan masalah, nangis.. rasa susah.. barulah rasa bahagia..dalam susah..rasa dekat denganNya.

S..U..D..@..I..S berkata...

durian yang tupai tebuk tu mesti sedap, sbb binatang deria baunya kuat, ya ka bau yg sedap rasa pun sedap...

Jay Ar berkata...

Pesan pakar kesihatan, kalau beli sayur belilah yg berlubang ditebuk ulat, kerana ia menandakan sayur itu tak beracun. Kalau durian tak ditebuk tupai mungkin menandakan durian itu juga ada bahan kimia?

JR juga percaya hidup tanpa masalah hidup yg tak sempurna, seperti tak sempurnanya durian dan sayur yg tak ditebuk tupai dan ulat...

Anonymous one berkata...

post ni memang memberikan kesan mendalam buat AO.

bagaimana nak melihat dan menghargai manusia..

manusia sering salahkan manusia lain.. memeritahu kesalahan manusia lain agar manusia tu bertaubat tapi cara yang terbaik adalah dengan melunturkan dengan kasih sayang.

apa salahnya cakap kebaikkan si pelaku kesalahan berbanding bercakap tentang salahnya.

susah tau nak menerima kesalahan sendiri bukan senang walaupun tahu.. ada keegooan untuk terima sebab masih lagi belum berjiwa besar.

maaf pak cik IM emosi sikit.. tapi bila saya baca post ni.. sangat sentuh hati saya dalam cara saya memandang dan berfikir..sendiri.