Halaman

Khamis, 14 Februari 2013

Dilema Menulis

Aku baru saja unfriend pada 3 FB Group. Alasannya ialah aku bimbang akan sikap aku yang suka menulis secara jujur dan terus terang serta mudah menegur menyebabkan admin atau sahabat FB tersebut kurang senang.

Memang benar kata orang; mata pena lebih tajam dari mata pedang. Terlajak perahu boleh ditarik. Terlajak kata, terima sahaja padahnya.

Aku cuba untuk belajar menjadi orang yang bersikap profesional dalam perbualan dan penulisan akan tetapi rasanya masih juga tidak berjaya sepenuhnya.

Aku kerap menerima teguran dari pembaca blog aku ini pada beberapa entri, yang mungkin kurang menyenang mereka yang membaca. Kekadang, aku mendapat emel yang agak keras juga. Malah banyak kadangnya, tulisan aku yang dibaca oleh kawan-kawan sekerja menjadi bahan ketawa pula di meja makan waktu rehat.

Memang aku boleh tahan dengan ketawa mereka tapi aku selalu berfikir, kenapa mesti jadi begitu? Kelemahan ini mesti di perbaiki.

Dulu aku sebenarnya seorang pendiam tetapi gemar menulis. Dulu aku selalu bercita-cita untuk tidak mahu mengguris perasaan orang lain tetapi hari ini dengan tulisan, aku telah menghiris hati beberapa orang lain.

Adik aku sendiri pernah menegur aku tentang beberapa entri tapi aku tak ambil kisah. Bagi aku, sekali ianya tertulis, biarlah ia tersimpan sepertimana asal.

Aku masih perlu banyak belajar tentang tatasusila menulis. Menulis yang memberi manafaat. Bukannya yang menerbitkan hasad! Aduhhhhh....!

9 ulasan:

smbotak berkata...

betul tu. cuba ambil jalan selamat. salah satu sebab kenapa saya beralih kepada blog yang baru. memang ada ramai antara kita yang enggan menerima teguran dalam apa bentuk sekali pun. walau sebaik mana cara kita menegur.

kita menegur bukan bermakna kita lebih baik, tetapi juga sebagai ingatan untuk diri sendiri.

ANIM berkata...

kadang2 niat kita lain, orang ingat lain..
kadang2 teguran itu utk diri sendiri, orang ingat kita menyindir..
teruskan menulis IM..untuk kepuasan diri sendiri kerana bagi orang yang suka menulis...idea yang dok berkumpul dalam kepala perlu dikeluarkan sebelum "jammed"..

Kakcik Nur berkata...

Lain yang kita maksudkan, lain pula pemahaman orang - itulah yang sering terjadi...

makchaq berkata...

Biasa la tu kan IM... bukan semua orang cara fikirannya sama..

ummu berkata...

Assalamualaikum IM,
selamat berkarya IM. teruskan menulis.memang kadang kala kita x boleh terus terang dalam ebebrapa perkara.
saya pernah alami situasi 'ngerikan' di cyber ni.
tentang FB, ramai pelajar saya mengadu berkaitan rakan2 yg x suka mereka di luar tulis pula kata2 yang tak baik di fb mereka dan saya dah tengok fb mereka ni.
p/s; hubby saya selalu jadi silent reader catatan blog IM. Mungkin sebab ada kesamaan iaitu suami yang menjaga isteri OKU dan bapa yg jaga anak2 ....

Anonymous one berkata...

Sama macam saya suka komen kat status orang lain jadi pagi ni saya mengambil keptusan untu deactive facebook buat sementara waktu.

Temuk berkata...

Assalam IM,
Kekadang kita fikir 1. komen kita baik; 2. niatnya baik; dan 3. caranya pun cara yang baik. Orang lain mungkin dapati ada di dalam 3 itu, atau kesemuanya, yang tidak kena. Kekadang kita bimbang pedang kita tajam, tapi ada kalanya, sebenarnya, pedang orang lain lebih lagi tajamnya.

Jay Ar berkata...

Walaupun ada hadis menyebut "Katakan benar biar pun pahit" namun kita seringkali terpaksa memikir banyak hal - jaga hati orang lain dan risiko yg perlu dihadapi jika bercakap benar di dalam masyarakat yang sebahagiannya belum sedia menerima pendapat yg berbeza dengan kepercayaan mereka. Memang sukar berkata benar dalam masyarakat yg tak menghormati pandangan berbeza, ia banyak risiko (termasuk ke penjara). Berdiam diri lebih selamat walaupun ia selemah2 iman seperti maksud hadis "...sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman.."

TiranaAduka berkata...

salam
Ta dah lali dgn semua tu pd e-mail ta..
Kata org ambil yang positif..untk jadi yg baik memang payah tapi sebliknya amat mudah..