Halaman

Jumaat, 15 Februari 2013

Emosi

Aku perasan emosi ibu_suri beberapa minggu ini agak tegang. Setiap apa yag dia minta, jika tidak ditunaikan segera, nada suaranya akan menjadi tinggi. Dia akan mula mengira...1...2...3...

Isu paling sensitif ialah hal penjagaan cucunya - Marissa. Dia mahu aku bersetuju dengan kemahuannya untuk menjaga Marissa bila hari Sabtu dan Ahad. Bila Angah memberi pelbagai daleh untuk mengelak, aku tahu dia beransur naik darah.

Dia  mudah marah sekarang ini. Cuma, kemarahannya itu tidak meletup mungkin kerana kuasa ubat psikiatrik yang dia makan setiap hari mengawal paras gelora emosi. Aku, bila mengesan ketidakstabilan emosi ibu_suri, akan segera meninggalkan apa yang aku sedang perbuat sebaliknya menunaikan apa yang ibu_suri mahukan.

Bukan hanya isu Marissa, tetapi juga isu mahu makan apa yang dia suka, tidak benarkan aku menghadiri program IKRAM hatta untuk pergi riadah pada hujung minggu juga, kekadang terpaksa aku kuburkan semata mahu menjaga emosi ibu_suri.

Memang kekadang rasa tertekan akan tetapi pengalaman 5 tahun aku menjaganya selama ini banyak mengajar aku erti ketahanan dalam diri, sabar dan berlapang dada. Aku bercadang untuk berbincang dengan doktor psikiatrik bila giliran rawatan susulan April ini. 

Ntah sampai bila aku harus lalui semua ini.... Tuhan saja yang tahu. Terasa amat letih!

7 ulasan:

Granny Hani berkata...

IM, akak tau Im rasa letih dan ucapan letih tu hanya di mulut tapi hati IM tidak begitu. Sekali sekala rasa letih itu biasalah,take a day at a time dik, u will b just fine.
Kita ada kala rasa tak sanggup dah hadapi segala payah tapi semua orang ada 'payah' nya sendiri..Kita doakan semoga Tuhan bagi kesabaran yg berganda untuk hadapi 'payah' itu.
IM, U can do it, InsyaAllah.

Ariff Budiman berkata...

Salam IM
Suami juga perlu mengawal emosi dan saya yakin IM telah berjaya melakukannya. WN terus berdoa agar Allah permudahkan IM. Bukan senan mencari suami begini dan IM merupakan seorang suami yang bertanggung jawab. Gembira bersama. Duka juga bersama

radziah AR berkata...

sabar sungguh IM. alhamdulillah...
saya memang sangat kagum!

letih itu hanya ujian dan godaan. jangan sesekali lebur kesabaran yg kita pertahankan dek kerana sedikit hasutan.

juga berpesan pada diri saya.

Arman Zafri berkata...

Allah maha berkuasa atas tiap sesuatu, teruslah berdoa tanpa putus dan berusaha juga, InsyaAllah akan ditunjukkan jalan keluarnya. Saya doakan ibu_suri tiadalah beremosi dan sihat sejahtera hendaknya, amin.

pB berkata...

pB kagum dengan IM

Anonymous one berkata...

rasa terkedu baca tulisan IM, moga sabar dan tabah selalu IM

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Laluan kehidupan sdr memmberi kesedaran dan panduan kepada yg bernama suami atau isteri untuk bertanggungjwab kepada pasangan masing-masing jika ditakdirkan menghadapi situasi seperti sdr atau yang lebih teruk lagi.