Halaman

Sabtu, 16 Februari 2013

No...No...No...

Nampaknya malam ini tak dapatlah nak hadir ke program Qiam oleh jamaah IKRAM Seberang Perai Tengah. SMS yang aku terima petang tadi terlalu singkat julatnya dengan masa terbaik untuk aku memberitahu ibu_suri.

Seperti biasa balik kerja, aku singgah beli makan. Kali ini teringin beli nasi campur di gerai Palestin Cafe, tak jauh dari simpang 3 taman. Selalunya beli sebungkus untuk ibu_suri sahaja tapi kali ini 2 sebab aku sendiri pun terasa lapar yang sesangat. Kari ikan temenong boreknya memang sedap.

Sampai di rumah, aku letakkan elok-elok nasi ke dalam pinggan kegemaran ibu_suri beserta minuman dan ubat.

"Makan dalam bilik saja." pinta ibu_suri. Walaupun aku tidak gemar tapi aku turut saja, Aku cuba membaca mood ibu_suri.

Sambil makan, aku beritahu hasrat aku hendak pergi malam ini atau paling tidak esok jam 4 pagi - 2 jam sebelum Subuh.

"I kata No... No... No... " jawap ibu_suri. Aku tahulah tu. Fahamlah tu. Semalam pun sebenarnya aku dah keluar untuk hadir ke Pejabat IKRAM di Seberang Jaya. Ada jaulah YDP ke daerah.

Tak mengapalah, bisik hatiku; Aku korban hari ini untuk hari-hari esok...

Jam 10.30 ibu_suri mahu aku bawa dia jalan-jalan. Dalam pemanduan aku teringat Angah beritahu aku semalam bahawa dia dah dapat rumah sewa dan bercadang untuk pindah awal bulan depan. Itu pun satu hal juga.... Tak tahu nak bagitau ibu_suri bagaimana!

5 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Lagu2 Hijjaz memang lunak dan senikatanya mmg indah..
terkhayal sebentar mendengar lagu Belaian Ibu..
IM..
ALLAH mengetahui hasrat IM hendak keluar ke jalan ALLAH tapi tanggungjawap dengan ibu_suri lebih diperlukan. Itu termasuk dalam ibadah juga membela ibu_suri yang sangat memerlukan IM.

ANIM berkata...

Niat dah ada..cuma dalam situasi begini, kena pula buat pilihan yang mana satu yg perlu diutamakan dan nampaknya tenaga iM lebih diperlukan di rumah. Mudah2an kisah kesabaran Nabi Ayub berhadapan dgn penyakitnya dan kesetiaan isterinya disaat semua org menjauhkan diri menjadi motivasi buat kita ...

❤Kamsiah❤ berkata...

ibu suri dah kena fenomena no..no..no jugak ke hehe..:)
takpe la IM..mungkin tiada rezeki utk kali ini..

Jay Ar berkata...

Fenomena "no..no..no" dah menjangkiti semua warga Penang termasuk Ibu Suri agaknya..he he he....

faizah berkata...

Ibu Suri sebelum sakit... bagaimana orangnya, ye IM? Sakit buat dia berubah sepenuhnya? Sori bertanya...tak dapat jwb pun tak apa...