Halaman

Isnin, 18 Februari 2013

Lepaskan!

Cucuku - Marissa
Cucuku,
Sudah besar kau sekarang ya. Sudah pandai berjalan dan mencipta kata-kata. Sudah pandai memunggah hiasan di kabinet Opah. Tapi Opah hanya ketawa seraya berkata: Tak apa. Biarkan..biarkan...

Anakku,
Sudah dewasa kau sekarang. Sudah bijak memintal perbualan. Sudah ada keluarga sendiri. Sudah ada kapal dan sauh sendiri. Ayah sudah boleh lepas sebelah tangan. Sudah boleh melepas separuh dari lelah di dada. Sudah boleh ayah jadikan kawan. Jadikan tempat bergantung harapan.

Isteriku,
Lepaskan anakmu. Biarkan ia berenang mencari kehidupan di lautan. Kendali sendiri ombak dan taufan. Panjatkan saja doa di awan. Usah ingat dia masih hingusan. Masih tidak mahu lepaskan dari bcelah ketiakmu.

Aku,
Inilah masa terbaik untuk membuat 5S kehidupan sementara usia yang masih ada peruntukkan dari Tuhan!

7 ulasan:

smbotak berkata...

mesti susah nak terima hakikat yang anak-anak ni dah besar. seolah, dalam sekelip mata je mereka dah ada kehidupan sendiri.

sebab tu ramai ibu bapa yang masih melayan anak mereka seperti anak kecil. terlebiih dimanja hingga anak tak pandai berdikari.

*cuma pendapat, sebab saya pun takde anak dewasa...

❤Kamsiah❤ berkata...

melhat kanak2 membesar dgn cepat,terasa cepatnya masa berjalan..
terbayang2 ketika anak masih kecil..riuh rendah...sekarang sunyi sepi dek masing2 keluar rumah..

makchaq berkata...

Dihati mak anak2 besaq macam mana pun masih macam baby kat mata mak... memang lepas tapi sentiasa teringat2..

Jay Ar berkata...

Raya Cina baru2 ni rumah JR riuh kerana semua anak berkumpul. Sekarang yg besar2 tu dah balik menyambung studi mereka di perantauan. Yg masih tinggal di rumah cuma yg sdg menunggu SPM dan yg masih bersekolah...

Anonymous one berkata...

Saya tak boleh lepaskan lagi macam mana ni IM :) hihi ...

Temuk berkata...

Terbanglah ke mana-mana. Makmurkanlah sarangmu. Namun, usahlah lupa sarang asalmu, kerana ayah-ibu ada lagi di sini. Pun sudah tiada nanti, terbang teruslah, dengan doa kami selamat di sarang sana.

insan marhaen berkata...

smbotak,
Alhamdulillah, sebab rasanya IM selalu biarkan mereka berdikari dalam hidup.

Kamsiah,
IM dah biasa sunyi tetapi tidak ibu_suri.

makchaq,
Hati seorang ibu memang gitu; tak samaa macam ayah.

Jay Ar,
Anak-anak IM semuanya dah besar-besar. IM dan ibu_suri kembali sendirian.

AO,
Kahwin cepat-cepat..he..he..

Temuk,
Hensem juga masa muda dulu ya...