Halaman

Selasa, 19 Februari 2013

Panggilan

Pilihanraya dah dekat. Dimana-mana saja bilik gerakan dibuka semula. Bendera pun bukan main lagi berkibaran. Lepas Raya Cina, raya inilah yang dinanti oleh ramai orang yang mengambil berat soal masa depan negara.

Masa balik ke kampung Slim bebaru ni pun, bukan main lagi kibaran bendera. Di kampung pun rupanya sama hangat persis di kota.

Aku mendapat panggilan untuk hadir ke mesyuarat pasca pilihanraya. Mereka tahu aku suka menulis. Mereka tahu aku suka bekerja di belakang tabir berbanding barisan hadapan. Dan mereka juga tahu aku mempunyai kebebasan yang terbatas lewat kekangan menjaga ibu_suri. Jadinya, mereka minta aku membantu  mennyelenggara blog, facebook dan sistem emel wakil calun.

Semalam mesyuarat ke 2. Aku tak dapat datang lewat No...No...No... dari ibu_suri masih hangat. Jadi aku pendamkan dulu. 

Rehat sebentar seusai mengundi di PRK
Sepanjang hari ini aku teruskan usaha memujuk ibu_suri. Aku tahu sebenarnya ibu_suri bukan tidak beri aku berkecimpung dengan agenda kempen piliharaya. Malah dia sendiri dulu adalah aktivis di tamanku ini. Pada setiap piliharaya, dia adalah antara wanita barisan hadapan di pusat mengundi yang dipertanggungjawapkan. Cumanya, dia bimbang ditinggalkan seorang di rumah. Ahh...  takkanlah aku tega biarkan dia kesaorang. Tentu saja aku akan uruskan dia dahulu.

Tapi tak mengapa. Aku kenal isteri aku seperti juga dia kenal aku - suaminya. Aku tahu lambat laun dia akan izinkan. Cuma aku kena sabar dan bijak memujuk. 

Aku memang tidak sabar dan tidak mahu ketinggalan. Aku tidak sanggup nanti di cap sebagai cakap tak serupa bikin. Aku mahu menumpah keringat bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam merealisasikan penegakkan kebenaran dan haq di bumi bertuahku ini!

10 ulasan:

Anonymous one berkata...

Saya suka bila IM nak pujuk ibu suri.

Ibu suri seorang wanita yang kuat semangatnya.. :)

insan marhaen berkata...

AO,
IM percaya pada konsep: menarik rambut dari tepung. Tepung jangan tumpah, rambut jangan putus...

❤Kamsiah❤ berkata...

mungkin dia rasa keseoranagn..kesepian..bila IM tiada dirumah...

smbotak berkata...

mesti ada caranya, cuma pemasaan dan kaedah yang perlu diatur dengan bijak...

ainnoraini berkata...

saya ni pun rasa sunyi jugak bila tinggal sorang2 kat rmh...bila suami dan anak2 ada urusan masing2...

Mario berkata...

wah,,,,IM mesti tak kedekut ilmu bab2 nak ajar skil memujuk ni ek...

best tu klu ada bahan2 nak tulis masa kempen nanti...

ANIM berkata...

selamat memujuk dan selamat berjuang!

ibundo berkata...

insyaAllah... nanti dia bagilah tu.

Jay Ar berkata...

Insan2 di belakang tabir inilah yg memeriahkan pentas politik kita dengan pelbagai warna warni menarik...

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Memang itu antara sebabnya. Tapi nak buat macammana?

smbotak,
Muga-muga Allah beri pentunjuk.

ainnoraini,
Realiti itu kena hadapi. Tapi IM, sunyi adalah perkara biasa.

Mario,
Sikit-sikit boleh tunjuk. Tapi lain orang, lain pendekatannya.

Anim,
InsyaAllah, selamat...selamat..

ibundo,
Hmm.. nampak pun macam ok dah!

Jay Ar,
Masing-masing dengan kemampuan masing-masing. Yang penting buat kerja. Bukan cakap kosong!