Halaman

Ahad, 24 Februari 2013

Harmoninya Kehidupan!

Ada masa 10 minit untuk aku menulis sebelum bergegas ke lokasi mesyuarat. Ada taklimat dan pembahagian tugas untuk PRU13 yang bila-bila masa akan diumumkan oleh PM.

Sebenarnya pun, aku ini baru saja balik dari bawa ibu_suri jalan-jalan. Sepagian sebelum itu aku berada di Taman Pelangi untuk membantu AJK surau sana membuat bancian penduduk. Ini perlu untuk proses membuat permohonan menaiktaraf surau Taman Pelangi kepada masjid. Pengalamannya akan aku ceritakan nanti.

Apa yang penting ialah aku puas kerana disamping mejaga kebajikan ibu_suri, aku juga boleh membuat kerja amal yang aku percaya, labanya akan aku terima di akhirat nanti, jika Allah terima.

Sepatutnya, aku berterima kasih atas sikap ibu_suri yang kalau kena gaya pujuknya, tidak banyak kerenah untuk membenarkan aku aktif seperti ini. Terasa begitu harmoninya meniti kehidupan seperti ini! 

4 ulasan:

Jay Ar berkata...

PRU-13
seperti menanti buah luruh
buah yang ranum tak luruh-luruh jua
takut atau strategi?

Anonymous one berkata...

kadang kala dalam kesusahan tu Allah boleh juga beri ruang untuk kita lakukan apa yang kita minat ..cuma kena bijak dan usaha sikit.

tawakal adalah yang terbaik!

makchaq berkata...

Alhamdulillah semua dapat dibuat dengan sempurna.. kalau kita redha InsyaAllah semuanya berakhir dengan baik..

insan marhaen berkata...

JR,
Bagus juga jika ditangguh sedikit masa lagi. Sempatlah IM dan kawan-kawan panaskan enjin.

AO,
Betul tu! Tawakkal adalah usaha terakhir yang paling mustajab.

makchaq,
Ya.. IM redha dengan apa yang Allah kurniakan pada IM selama ini.