Halaman

Sabtu, 30 Mac 2013

Keinsafan

Koleksi keset nasyid keluaran Pustaka Salam ini mengingatkan aku pada masa-masa aku baru kenal usrah dan jamaah sekitar awal 80an. Masa tu aku baru setahun dua bekerja di HITACHI, Bayan Lepas. Kuliah mingguan Dr Danial adalah tempat aku menghabiskan masa hujung minggu.

Aku mula beraleh dari mendengar lagu-lagu biasa kepada lagu-lagu nasyid. Seiring dengan keluaran album nasyid dari Pustaka Salam ini muncul album nasyid keluaran OVA Production. Yang akhirnya melahirkan kumpulan NadaMurni. Nama NadaMurni dikatakan diilhamkan oleh penerbit RTM masa itu.

Masa-masa ini jugalah aku bertemu dengan ibu_suri; cucu tiri seorang bangsa Pakistan. Anak kepada Mak Abah yang berketurunan  Rawa. Ada bau-bau bacang dengan Yusuf Rawa, agaknya..he..he..

4 ulasan:

Anonymous one berkata...

Patut la comel ibu suri!

IM masa AO kanak2 nasyid lah selalu kita nyanyi..

nada murni jadi hijjaz ataupun rabbani..ao xpasti

ANIM berkata...

kenangan lama mengusik jiwa tu...

Anonymous one berkata...

IM AO kira inilah zaman kebangkitan islam di Malaysia kan.. abah AO pun mula berjinak dengan agama ketika di zaman IKMnya.

Kata abah nasib pensyarah IKMnya alim2 dan bagus2 maka mereka terdidik dan banyak yang berubah ketika itu.. wallahualam

insan marhaen berkata...

AO,
Kalau gitu AO segagan dengan anak-anak IM lah ya!

ANIM,
Ya.. Kenangan ini terlalu manis..

AO,
Abah belajar di IKM mana dan tahun bila ya?