Halaman

Khamis, 14 Mac 2013

Kuatkan Jiwaku, Allah!

Minggu ini aku tak dapat kemana pun. Hajat nak pergi ke bilik gerakan Team Media untuk buat kerja-kerja PRU pun tak dapat. Nak pergi ke program usrah gabungan juga tak dapat. Sejak Angah sekeluarga berpindah ke rumah baru, banyak sangat etongnya ibu_suri ni.

Along pun seperti dah lama tak balik. Tak  balik satu hal. Talipon pun tidak. Aku  macam abah aku juga, tak kisah sangat sebab aku  tahu, dia ok saja di sana.  Cuma ibu_suri  yang asyik  merengek bertanyakan Along, kenapa dah lama tak balik.  Sebenarnya, Along  ni  macam  aku  jugalah  agaknya . tak  reti  nak  bertalipon sangat. seperti tak tahu nak sembang apa.


Sekalipun  nak mengadap komputer dan cari idea nak update blog calun PRU pun tak senang aku dibuatnya. Sekejap-sekejap...abang. Sekejap=sekejap.... abang. Ada saja yang dia minta aku buat. dan jika tak dibuat secepatnya, selagi itulah dia akan abang....abang... dan kalau tak buat juga dia akan membilang...satu...dua....tiiii......


Kekadang, bila terlalu rimas, bosan atau geram, aku lompat ke katil dan pejam mata. Kekadang, bila terdengar suara Marissa datang pun aku buat tak tahu.


Ntahlah, muga Allah akan terus kuatkan jiwaragaku dalam meneruskan pertanggungjawaban menjaga ibu_suri. Aku tahu, hanya aku saja yang mampu menjaganya... Tidak Along, tidak Angah... jauh sekali Akhmal!

5 ulasan:

Jay Ar berkata...

JR juga jenis malas bertelefon2. Masa JR di KL dan isteri di Alor Setar dulu, dia selalu komplen asyik dia yg kena telfon. Sekarang begitu juga, biasanya anak2 yg kat Johor dan Melaka yg mulakan telfon...

❤Kamsiah❤ berkata...

lucu pulak baca gelagat ibu suri...kalau lambat memenuhi permintaan dia...mesti kecoh jadinya

smbotak berkata...

perkara biasa tu bang, kalau anak lelaki ni tak berapa nak telefon sangat (macam saya), entah kenapa tak tau nak sembang apa.

Ibu n Abah berkata...

IM..
Cuba bukakan akaun fb utk ibu suri..
Ataupun ajak dia ber blog..
Biar kurang kebetgantungannya ...
Cubalah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

IM,

Sabarlah. Akak faham perasan Ibu suri bila anak tak menghantar khabar. Rindu hati seorang ibu.

Ibu ni macam tulah IM, Kadang2 rindu pada anak-anak tak ditahan2. Semoga anak-anak faham.