Ahad, 17 Mac 2013

Makan Cekam




Sejak 2 hari ini ibu_suri mengadu sakit pada hujung jari manis tangan kirinya. Mulanya aku buat biasa saja dengan anggapan bahawa ia akan baik sendiri. 

Namun, tatkala balik dari kerja tadi; ibu_suri yang sudah siap sedia menunggu aku di katil bilik, mengadu dengan menunjuk jarinya - mula membengkak.

"Kena duri kut?"

"Tak!"

"Kena selumbaq le tu.."

"Dak.."

Aku ambil cermin mata dan membelek jari ibu sekali lagi.

"Makan cekam ni. Tu la.. abang selalu pesan. kalau potong kuku, potong cara lurus; jangan potong sampai ke tepi dan dalam. Jari you bukan macam jari abang; kuku tumbuh menjang di atas kulit. You punya kuku letak bawah dari kulit. Jadi bila yang baru tumbuh ia akan tikam kulit tu."

sumber
"Abang nak talipon sapa?" Bila ibu-suri melihat aku tercari-cari talipon bimbit yang ntah dimana aku letak tadi.

"Talipon Yanti minta carikan inai."

Itu ajelah yang aku tahu. Tahu sebab pernah lihat mak berbuat begitu semasa kami kecil dulu.

"Rasa berdenyut-denyut la, bang!" ujar ibu_suri sebaik saja selesai Yanti (anak saudara yang tinggal selang beberapa rumah) membubuh inai; bukan sahaja pada jari yang sakit tetapi kesemua lima jari tangan kiri ibu-suri.

"Tu maknanya proses perubatan sedang berlaku. Nak sembahyang macam manalah agaknya  nanti ni?" Soal ku...

"Wudhu' I masih ada lagi. I tak kisah..." senyum menguntum di bibir ibu_suri. Maknanya...orait le tu...


8 ulasan:

makchaq berkata...

Kena check selalu tu IM, kalau ada k.manis bahaya, takut melarat, lama2 dah tak rasa sakit, tau2 dah melarat..

Makchaq doakan semoga cepat sembuh...

Jay Ar berkata...

Makan cekam? Pernah terjadi masa kecik dulu, memang menyakitkan..Harap2 ibu Suri tak ada daibetes, sebab antara tempat yg paling digemari oleh makhluk diabetes ini ialah di bawah kuku jari pesakitnya...

ANIM berkata...

Inai juga yg selalu saya dengar digunakan utk kuku cekam. Tapi tak au pula ada kaitan dgn kencing manis. Setidak2 nya pengetahuan baru utk saya bila bc entry ini.

Anonymous one berkata...

sian ibu suri

NoorVictory berkata...

Kuku saya pun selalu macam tu. Huhu. Tumbuh ke kulit. Sakit. :(

Tapi lepas baca komen-komen di atas, harapnya takde apa yang merisaukan pasal bengkak kat jari ibu_suri. Harap-harap ibu_suri sihat walafiat.

Beruntung ibu_suri dapat IM sebagai suami. :)

pB berkata...

memang sakit ....



mesti cantik tangan ibu suri setelah berinai

❤Kamsiah❤ berkata...

biasa dgr cekam kat ibu jari kaki ja..mmg inai mujarab utk kuku cekam

nur berkata...

IM, baru tau inai untuk rawat kaki cekam ni.. untung baca blog IM ni kan..

nur dari ALL IN ONE