Selasa, 19 Mac 2013

Penghargaan

Baru balik dari mesyuarat mingguan team media. Sepanjang jalan aku lihat semakin meriah pondok-pondok gerakan parti dengan kibaran bendera. Seperti dah siap siaga menanti semboyan dibunyikan.

Tak sangka, usaha aku membina dan menyelenggara blog (insyaAllah) bakal calun PRU13 mendapat penghargaan dari rakan team media. Akhirnya, mereka meminta aku tolong buatkan juga blog untuk 2 lagi bakal calun.

"Buat tu ok tapi nak kemaskini dan selenggara itu kena bagi orang lain lah. Satu blog yang saya jaga ini pun boleh tahan juga bersekang mata setiap malam!" jawapku.

Aku diperingatkan supaya membuat backup untuk blog bakal calun PRU aku ini. 

"Bukan mustahil akan kena hack..." kata mereka.

Betul juga tu. Tapi macamana nak buat backup? Aku garu kepala. teringat akan blog Warna-Nostalgia yang pernah kena hack oleh seorang lelaki dari Afrika. Berhari-hari juga aku dan blogger WN memecah kepala mencari jalan mendapatkannya semula.

Terasa puas kerana dapat memberi sumbangan secara lansung dalam memenangkan bakal calun PRU dari jamaah aku sendiri.

Aku masih ingat pesan dari pemantau team media;

"Walau apapun usaha kita, dasar kerjabuat kita mesti dijaga yakni berakhlak, bercakap atau menulis berdasarkan fakta yang sahih dan menjaga amal ibadah. Biarlah jika ditakdirkan kita kalah bertanding tetapi tidak kalah dalam menjaga akhlak yang baik."

Aku hargai pengorbanan ibu_suri yang sedia ditinggalkan sendirian di rumah. Kemudiannya setia menanti aku balik.

Sudah semestinya, bila aku balik saja di rumah, aku kena luangkan masaku pula untuk menyelia keperluan ibu_suri.

8 ulasan:

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Kalau rumah kita dekat hendak juga saya belajar dari saudara cara hendak upgradekan blog.

Struktur blog saudara kemas dan menarik.

Mario berkata...

klu perlukan pertolongan,,,boleh la roger2 eh..ikhlas ni..

Anonymous one berkata...

Semoga berjaya IM :). IM dah buktikan setakat mana yang IM mampu buat, buat bersungguh-sungguh! Syabas IM

ANIM berkata...

Saya sendiri suka baca blog yg tak menghentam orang sesuka hati dan tulis perkataan kasar dan biadap....tepatlah saranan yg dikemukakan tu...tahniah..

insan marhaen berkata...

Ujang Kutik,
Terima kasih kata-kata rangsangan. IM pun belajar dari sifar.

Mario,
Kena tukar kepada mood politik dulu. Pening juga IM dibuatnya sebab tarikat politik tak sama dengan tarikat jamaah.

AO,
Terima kasih juga buat AO. AO pun jangan jemu menulis.

Anim,
Ya... Sebaiknya menulis yang memberi manafaat bukan yang memberi mudarat. Insyaallah dapat pahala!

Jay Ar berkata...

Nanti beritaulah nama blog utk calon yg IM bina tu. Nak pi melawat, mana tau kot2 kenai depa ka....

Temuk berkata...

Assalam IM
Bagus juga jika diberitahu nanti macam mana nak boleh tengok blog calon-calon IM tu. Semoga calon-calon yang berkebolehan, jujur dan amanah serta takutkan Allah akan berjaya menjadi pemimpin kita.

nur berkata...

siapa agaknya calon yang bakal menang tu ye IM..

nur dari ALL IN ONE