Sabtu, 9 Mac 2013

Pindah

Aku talipon Angah; " Bila nak mula tidur kat rumah baru?"..... Diam.

"Bolehlah mula sekarang sebab ayah cuti 3 hari. Nanti bila ayah kerja balik, Angah duduk balik sini. Hujung minggu depan boleh tidur sana balik. Pelan-pelan keluar dari rumah ni taklah nanti ibu terasa sangat hang takda." saranku.

Semalam, ibu_suri tertanya-tanya bila Angah beria-ia mengemas pakaian Marissa.

"Alaaa.... Takkan nak tidur sana. Sunyilah ibuuu..."


"Takpa la dia nak tidur rumah dia sendiri. Sari dua ni jer... Nanti Isnin Ayu cuti, Marissa duduk rumah kita balik lah!" Aku menyampuk.

Sebek wajah ibu_suri. Tapi aku tahu, mahu tidak mahu Angah mesti belajar hidup sendiri. Sebelum terlambat, aku tidak mahu antara Ayu dan Angah ada perselisihan semata-mata kerana orang ketiga yakni aku dan ibu_suri. 

Hal ini bukan mustahil. Justeru itu aku merasakan lebih baik Angah duduk di rumah  sendiri.  Kata  orang,  bila  jauh  bau   wangi.  Kalau  dekat  bahu   tahi.
Pada ibu_suri bukan sangat berpisah dengan Angah atau Ayu tetapi lebih kepada cucunya. Tapi tak mengapa, aku tau benar. lambat laun ibu_suri akan menerima hakikat ini. Tugas akulah sebagai suami memberi dia faham, memujuk dan mengisi kekosongan. Tugas aku juga sebagai Ayah menunjukkan cara dan jalan pada Angah untuk menerokai kehidupan masa depan yang bagi dia terlalu baru dan janggal.

Dan kami pula akan kembali semula sepertimana kami baru kahwin dulu. Bezanya, dulu kami muda sekarang kami sudah tua!

9 ulasan:

Jay Ar berkata...

Semakin anak membesar, kehidupan semakin sunyi kan? Apa lagi bila anak2 dah kawin, tinggallah ibu bapa yg semakin kurang kudratnya di rumah yg semakin tua...

Granny Hani berkata...

Memang kita akhirnya akan tinggal berdua saja bila anak2 dah ada haluan masing2..berdua tu kira baik dan syukur dah kalau di bandingkan dgn yg terpaksa tinggal sorang2 bila pasangan dah terlebih dahulu meninggalkan kita..apa2 pun kena hadapi juga..Harap Ibu_Suri ok dan tak sedih2 lagi yer..dekat jer tu..

mokjadeandell berkata...

Sedang merasai apa itu sindrom empty nest.Kadang kadang rasa bisu.Anak2 paling dekat 500+ km.Ambil masa 7 jam perjalanan.kalau anak anak duduk dekat dah kira amat bersyukur..

insan marhaen berkata...

jay ar,
Pada IM sunyi kerana tiada anak di rumah masih ok. Jangan sunyi kerana tidak boleh beraktiviti.

Granny Hani,
IM harap kalau ada yang kena pergi dulu biarlah ibu_suri kerana IM tahu, ibu_suri susah hidup sendiri tanpa IM menjaganya.

mokjadeandell,
Tkasih kerana komen. Belajar istilah empty nest. Bagi 2 orang kami, rumah ini menjadi terlalu besar untuk diselenggara dengan kudrat yang semakin menipis.

S..U..D..@..I..S berkata...

hukum karma alam, dari berdua bertambah 3,4,5, last kembali berdua last sekali kembali dok sorang..@ tinggal dia sorang...

radziah AR berkata...

bertuahnya anak&menantu IM, ayah yang memberi tunjuk ajar dan begitu memahami....cuba untuk mengelakkan sengketa...

TUN TIJAH berkata...

Nasib baiklah anak-anak saya tinggal berdekatan. Selalunya mereka menziarahi ummi dan abahnya dan sesekali kami pula bertandang ke rumah mereka.

Rasanya rumah angahpun tak jauh kan. Sesekali boleh bawa ibu_suri jalan-jalan.

insan marhaen berkata...

sudais,
Tang sorang tu yang IM sedikit fobia. Amalan masih banyak yang kurang...

radziah,
Memang IM cuba sedaya upaya menjadi mertua/bapa yang terbaik. Kekadang IM rasa beruntung memiliki sikap begitu bila dalam melihat sesetengah manusia yang panas baran atau bermasaalah dengan menantu.

tun tijah,
tak ada satu pun dari anak-anak IM yang mampu jaga ibu_suri sebaik IM. bukan IM nak puji diri tapi itu hakikatnya. ibu_suri pun kata begitu.

Ahsfantasy Ryu berkata...

Hehehe..
Betul tu, biar jauh bau wangi daripada dekat bahu tahi. :)