Halaman

Selasa, 2 April 2013

Mengantuk

Malam ini entah kenapa aku mengantuk awal. Baru 11.30 malam. Tapi masih belum masa untuk tidur bagi ibu_suri. Dari tadi dah menggelisah.




"Lepas Marissa balik nanti, kita keluar ok!"

Hari ini dah 2 hb 4. Duit saguhati OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tentu dah masuk ke akaun BSN. Beriya-iya dia suruh keluarkan.

"Kalau lewat dari 5hb takut-takut JKM akan tarik balik." Begitu pesan pegawai JKM semasa mengesahkan permohonan ibu_suri itu diluluskan.

Dapat tahu dari facebook bahawa isteri Abil baru saja meninggal dunia. Muga roh Gee di rahmati Ilahi. mengenangkan aku masih punyai peluang menjaga kebajikan isteri, aku bawa ibu_suri bersiar-siar seperti selalunya!

Cuma malam ini hawa agak sejuk sikit berbanding malam-malam sebelumnya. Hujan baru saja sidang!

5 ulasan:

pB berkata...

mati itu pasti

ANIM berkata...

Baru tau tentang "amaran" JKM tu. anak murid saya ada yg menerimanya tapi rasa tak pernah dikeluarkan kerana nak disimpan untuk persekolahannya akan datang. Nnti saya nk rujuk kat guru berkenaan. Tqvm.

Jay Ar berkata...

Kita manusia seperti si-buta dan tongkat. Kita cuma akan menghargai betapa bernilainya tongkat selepas kehilangannya...Al-fatihah utk aruah Gee, semoga Allah akan meletakkan rohnya di kalangan mereka yg beriman...

Anonymous berkata...

Salam..saya rasa saya perku betulkan tanggapan itu. Once duit dah masuk to account..org lain x de hak nak keluarkan duit tu..unless org yg masukkan tu membuktikan yg dia tersalah masuk ke account kita..maafkan saya kalau salah ya..boleh check pd yg arif

Anonymous one berkata...

Sama juga saya IM...masih berpeluang menghirup udara..