Halaman

Jumaat, 24 Mei 2013

Aduh... Honda City

Semalam:

Selesai merujuk ibu_suri kepada doktor pakar di Klinik Kubang Semang, aku ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bukit Mertajam. Membuat permohonan untuk mendapatkan imbuhan RM100 tiap-tiap tahun bagi warga OKU yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Petang, aku menghambat waktu ke Hospital Pulau Pinang untuk mengambil stok baru ubat Psikiarik ibu_suri. Cuba bodek ibu_suri agar singgah menjenguk mak abahnya di Taman Buah Pala; ibu_suri beria-ia tidak mahu. Nak balik tidur, katanya!

Jalan memang jem. Waktu orang balik kerja dicampur dengan esok cuti Wesak... Tapi aku dah biasa dengan keadaan ini yang saban petang aku tempuh. Sambil terhinggut-hinggut menekan pedal, aku keluarkan talipon dan cuba menaip sms. Kononnya nak bagitau adik ipar, aku tak jadi singgah. Tiba-tiba... GANG!..  abaang...tidur ke?

Aduhhh... Tercium Honda City rupanya...

"Maaf cik. Errr... tak apa. Ambil no talipon saya ni. Kalau ada apa-apa, call saya." Aku tahu, di tengah jambatan Pulau Pinang ini bukan boleh berhenti lama-lama. Jem satu bab. Datang polis trafik pulak nanti, lagi panjang cerita.

Hari ini:

Aku berbincang dengan Angah. Tak risau sangat pasal kos repair Viva yang kemek bonet dan bumper. Relaks le brader! Nak buat macammana... Cuma yang resahnya ialah kereta ini atas nama Ayu, menantu aku. Semestinya tak banyak sikit, hati menantu aku itu terhentak. Itu yang susah.

Lepas solat Jumaat tadi, suami kepada pemandu Honda City itu menalipon aku. Beliau tinggal di Mengkuang.

"Oo.. Saya tinggal kat Taman Guar Perahu! Tak apalah. Saya minta maaf bebanyak sebab memang silap saya. Ralit bawa kereta semalam. Saya bertanggungjawap atas kos repair. Berapa?" Tanya aku sambil garu-garu kepala yang tak gatal. Honda tu be!

Aku cuba berpegang kepada prinsip hidup bahawa kalau aku benar-benar salah, aku mesti terima hakikat itu dan mengakuinya serta bertanggungjawap walaupun pahit. Sikap ini aku belajar dari bos aku dulu di tempat kerja - Mr Chuah Teong Hong.

Nampaknya, duit klem dari incometax 2012 LHDN yang akan aku terima nanti, kepada Honda dan Viva lah cairnya. Agaknya ini adalah tazkirah dari Alla!. Adalah silapku kat mana-mana tu...

5 ulasan:

Anonymous berkata...

bila baca blog saudara,saudara selalu menjadikan orang kafir sebagai contoh,pelik,

Jay Ar berkata...

Tahniah kpd IM...dlm dunia gila seringkali sukar mencari manusia siuman..JR pernah banyak kali mengalaminya kena langgar belakang, tapi org yg langgar tu lari. Bulan lepas kena lagi, side mirror kereta hancur dilanggar motor yg kemudian berlalu selamba mcm langgar anjing tepi jalan..

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,
Selalu? Hmmm...

Tapi tempat kerja IM memang ramai orang bukan Melayu.

Apa yang IM tulis adalah cerita benar dalam hidup IM. Tidak ada yang selindung.

Bos IM yang IM certakan ini lain sikit. Dia suka berkawan dengan orang Melayu dan sedikit anti pada bangsanya sendiri. Pelik juga kan? tapi itulah hakikat.

JR,
Kancil IM pun beberapa bulan lalu pecah dilanggar oleh kereta di waktu malam berhampiran Udini Road.

Tapi rasanya IM yang salah kerana membelok tanpa hati-hati. Yang terlanggar dengan Kancil IM tu terus pula menghilang diri.

Anak kawan IM pun semalam kemalangan hingga berjahit 8 di bibirnya. Motornya berlanggar dengan belakang kereta. Herannya, kereta itu menghilangkan diri.

Anonymous berkata...

Innalilahi wa inna ilaihi roji'un. Muga Pak IM bertabah dengan dugaan ini. Baru baru ini kami pun ada ditimpa musibah kereta tapi semalam setelah menyaksikan sahabat anakanda kami putus jari akibat kemalangan di rumah, dalam diam kami bersyukur kerana kami hanya rugi wang.......begitulah Allah hendak mengajar kami....

Anonymous one berkata...

Moga sabar dan tabah selalu IM