Jumaat, 17 Mei 2013

Cepat-cepatlah Bersara!

Hari ini aku seperti hilang semangat lebih-lebih lagi bila bos bagitau aku di beri NCR yang perlu di isi dengan 5 WHY. IQA odit baru ini dapat mengesan aku tidak melakukan vendor audit mengikut jadual.

Dan di masa yang sama tidak putus-putus customer aku datang ke ofis dengan pelbagai ragam. Ada yang menghantar perkakasan baru untuk di kalibrasi. Ada yang mengadu sistem kalibrasi tidak daoat di akses dari meja mereka. Dan tidak kurang yang datang sekadar untuk sembang-sembang politik.

Aku layan semua kerenah mereka dengan senyum walaupun hati terasa pahit. 

Pagi nanti aku perlu bawa ibu_suri ke Klinik Kubang Semang lagi untuk memantau paras tekanan darahnya. Pagi nanti juga akan ada customer audit dan aku perlu standby.

Kerap berlaku keadaan dimasa yang sama aku mengharungi 2~3 kemelut yang datang. Jika tidak kerana kekuatan dalaman sudah lama aku terjun dari Jambatan Pulau Pinang. 

Musim odit akan berpanjangan hingga ke bulan 8. Selepas itu aku terpaksa memikirkan pasal Akhmal yang dijangka keluar antara bulan 8 dan 10. Ini pun satu bab juga.

Bila-bila begini terasa aku mahu sangat cepat-cepat bersara!

9 ulasan:

Anonymous one berkata...

Moga Allah yang memberikan pahala buat IM. penatnya dengar... saya ni suka merungut bila kena buat kerja rumah lebih sikit.. malu kat IM

Anonymous berkata...

memang berat ujian IM. saya dan ramai yang lain hanya mampu membantu dengan mendoakan IM diberi keringanan, kekuatan, kesabaran dan berjaya dengan ujian ini. Kami juga mengambil iktibar dengan ujian IM. kejayaan IM akan membantu kami juga untuk cekal seperti IM dalam ujiankami yang tak seberapa.

Jay Ar berkata...

Lebih teruk bila mempunyai boss yg tidak memahami masalah staf yg punya keluarga kerana boss sendiri bujang terlajak yg cuma paham bahasa kerja, kerja & kerja...(catatan berdasarkan pngalaman sendiri)

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam,
dapat rasakan betapa penatnya IM, sabar lah ye... pasti ada ganjarannya nanti dari Nya, yg kita tak tahu

Anonymous berkata...

mungkin terlalu byk kerja politik kerja hakiki diabaikan dn sorry to saylah mungkin juga saudara ada ambil masa kerja untuk berpolitik.

Temuk berkata...

Simpati dari Temuk. Sabar dan teruskan perjuangan, IM.

Mengakuri pesanan seorang ustaz, walau sudah 7-8 tahun bersara Temuk terus mengaudit diri. Apatah lagi sebab banyak yg nak dibuat sudah sekian lama pencen pun masih belum beres. Sedar amatlah Temuk bahawa pada diri ini memang banyak dan memang berpanjangan NCRnya.

faizah berkata...

Hidup ini penjara bagi orang beriman, syurga bagi orang kafir. Pernah dengar ustaz berkata begini. Bersabarlah menempuh kehidupan dgn pelbagai tanggungjwb...

insan marhaen berkata...

AO,
Bila kita ditimpa dugaan, barulah kita tahu langit ini tinggi atau rendah. Dan jika menerimanya dengan dada terbuka, insyaaAllah, tidak ada sungutan..

Tanpa Nama,
Doa itu adalah sebaik-baik pertolongan sebenarnya.

JR,
Alhamdulillah, bos IM walaupun berbangsa Cina tapi memahami masalah IM sebab dia sendiri pun ada keluarga.

Bunda,
Betul tu. Kalau tidak kifarah di dunia, mungkin kifarahnya di akhirat nanti.

Tanpa Nama,
berpolitik semasa kerja dalam istilah ambil masa kerja untuk buat kerja-kerja politik itu tidak ada. mungkin ada ialah berbual dengan kawan-kawan tentang politik.

itu rasanya tak boleh nak di elakkan.

tapi kekadang IM ambil masa kerja buat kerja-kerja NGO. itu IM akui ada.

dan itu juga yang menjadi setback bila IM dan kawan IM sesekali memikirkan kenapa kami menerima ujian dari tuhan sedangkan kami bekerja ikhlas untuk agama.

Temuk,
betul tu. ujian dari Allah mungkin NCR atas kesilapan IM masa lalu.

Faizah,
Dunia ini ibarah sebutir debu bagi Tuhan.

Akhirat jua yang kekal.

Anonymous berkata...

keikhlasan itu milik Allah kita sendiri.tidak tahu samaada kita ikhlas ataupun tidak,tanpa kita sedari kekadang kita membuat sesuatu itu untuk habuan dunia seperti saudara menolong parti politik untuk menang dan mengharapkan tol ditiadakan harga kereta diturunkan,tak ke itu semua habuan dunia?