Sabtu, 18 Mei 2013

Dakwah Empati

Selesai riadah di tasik Mengkuang, aku singgah minum pagi di Restoran Semarak. Sambil baca Harakah, jamah roti canai kosong dan secawan Radix. Dah lama tak datang sini. Layout kedai pun dah berubah.

"Tak nampak pak cik?" tanyaku pada yang sedang menebar roti canai; aku agak menantunya.

"Dia tak buat nasi waktu pagi dah. Buat belah petang pulak.. nasi dengan bawal goreng. Dia ada kat dalam. La ni buat kedai runcit." sambil menuding jari ke sebelah aku.

Aku pun masuk ke dalam. Walaupun tidak ada perancangan hendak membeli apa-apa barang keperluan, tapi kerana bercadang 'ingin berdakwah' aku masuk dan belek-belek tiap-tiap rak. Aku capai sebotol air mineral, 2 ekor ikan duri masin (ibu_suri suka makan kalau digoreng bersama bawang dan cabai kering) dan berus gigi.

Aku ke kaunter, salam dan bertanya khabar.

"Tak tahulah saya, bang. Tengah kalut. Sejak isteri dah tak ada, saya ke hulu ke hilir sorang-sorang. Baru ni anak saya yang tingkatan 3 tu eksiden. Patah kaki. Kita bukan larat sangat dah ni."

Aku mendengar ceritanya dengan simpati dan empati. Bagi aku siapa pun dia, demi sesama manusia, aku dapat merasakan kepayahannya itu.

Aku pun bercerita tentang kemelut kehidupanku (sedikit) dengan tujuan untuk berkongsi dan memberitahu bahawa bukan dia saja yang diberi ujian hebat oleh Tuhan. Aku minta dia bersabar dan reda.

"Sebenarnya, bila Tuahan beri kita ujian begini, kita makin dekat dengan Tuhan. Kalau kita selalu saja dalam senang, kita mungkin lupa Tuhan."

Sambil jabat salam untuk balik, aku sempat hadiahkan senyuman dan sentuhan badan.

Bagi aku, biar pun dia tidak sama 'bendera' tapi tanggungjawap aku untuk bersikap baik pada semua orang adalah kewajipan. Walaupun orang itu mungkin anti 'bendera'ku atau bukan seagama sekalipun; sikap baik dan matang kita muga-muga mejadi modal dakwah yang ampuh!

5 ulasan:

Jay Ar berkata...

Ujian Tuhan tidak mengikut bendera yg terpacak di hati...kun fayakun...

smbotak berkata...

yang berlainan bendera cuma kat sini je. asalkan pegangan masih sama, takde salahnya...

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Seronok PRU 13 telah meninggalkan kita.

Yang menang telah mencabut bendera parti di rumah masing-masing Peliknya,pihak yang kalah terus mengibarkan bendera parti di rumah mereka.

Bagaimanapun, kita rakyat Malaysia saling hormat menghormati, bantu membantu...

Anonymous one berkata...

Susah untuk memahami kasih sayang tuhan kalau kita tidak ada iman

insan marhaen berkata...

JR,
betul tu. bendera pilihan Tuhan hanyalah amal yang ikhlas.

ujang kutik,
IM bangga dengan bendera IM yang berkibar semula menyambung legasinya. Tapi macam dikatakan, pihak yang kalah seperti tidak mahu menerima hakikat kekalahan mereka dan terus bersikap bagai ayam baru menetas.

AO,
kekadang, orangyang ada iman pun bersikap tanpa kasih sayang..