Sabtu, 4 Mei 2013

Hari-hari Terakhir PRU13

Sepanjang pagi ini aku hanya duduk di depan laptop mengemaskini blog calon dari NGOku;

P53 - Muhammad Bakhtiar
          FanPage
N36 - Mohd rashid Hasnon
          FanPage
N35 - Mohd Tuah
           FanPage

Hari ini hari terakhir menjelang 12 tengahmalam dimana semua kempen mesti ditamatkan. Walaupun aku turut sama berkempen di medium siber ( atau kami panggil media online ) tapi masih terkilan sebab tidak berpeluang turun padang merayu undi seperti PRU12 yang lalu.


Cemburu dengan rakan baikku blogger JH yang bukan setakat menjadi Ketua Gerak Gempur dan Rayu Undi malah menjadi penceramah selingan dalam ceramah kelompok.

Tak mengapalah. Aku dengan keterbatasan aku dan dia dengan kelebihan dia. Yang penting, kami telah berusaha sedaya upaya, di ruang yang kami punya. Paling tidak, jika benarlah Allah takdirkan Pakatan Rakyat berjaya menjejak kaki ke PutraJaya, aku boleh menumpang bangga menjadi salah seorang pelakar sejarahnya.

Di saat-saat akhir pecutan ini, yang lebih utama ialah doa dan munajat agar Allah melindungi PRU ini dari muslihat kotor pihak lawan.

Aku sedang bersiap untuk ke Balik Pulau menghadiri ceramah mega dan malam ini akan ke Tapak Ekspo Seberang Jaya pula

Esok, jangan lupa - undi PR untuk Malaysia Baru!

4 ulasan:

S..U..D..@..I..S berkata...

Selamat mengundi semoga Allah memberi kejayaan kepada kesungguhan kita dan In sya Allah Malaysia Baru!

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam,
selamat mengundi..

faizah berkata...

InsyaAllah..

insan marhaen berkata...

sudais,
Terima hakikat bahawa Malaysia Baru masih belum diizinkanNya untuk dijelmakan.

Bunda,
Alhamdulillah, penang masih kekal bawah PR walaupun bukan dari mijoriti pengundi Melayu.

faizah,
Allah masih mahu melihat kita berusaha.