Aku lansung tak tahu bila Hari Ibu. Cuma yang sibuk benar minta belikan kek untuk raikan Hari Ibu bersama mak adalah ibu_suri.
Semalam aku, kakak ipar dan cucuku ke rumah mak bersama sebuah kek berbentuk love dan tertulis Selamat hari Ibu. Tak sangka pula, bila diletakkan di hadapan mak mertua dan kuminta dia memotongnya, dengan tangan terketar-ketar dia meletakkan pisau ke muka kek dengan ceria.
Aku dapat rasakan dia seperti berbesar hati dirai sedemikian rupa walaupun majlis itu tidak seberapa.
Mak mertua memotong kek |
Kek buatan orang Islam |
Mak mertua bersama ibu_suri |
ibu_suri memegang cucunya Marissa, cicit kepada mak mertuaku |
Pastinya majlis ini diadakan di rumah mak mertuaku. Nak tahu rumah mak mertuaku di mana? Boleh tengok di sini dan di sini. Nampakkan... bapa mertua aku begitu gah memakai topi 1 Malaysia tatkala menerima kunci dari KM. Bapaku adalah pesara polis ( zaman SC ).
7 ulasan:
seperti ayu.,walau tiada kek. walau hanya ucapan ianya buat ayu rasa sinar y penuh di awangan
ya IM,ianya sedikit sebanyak menceriakan kami kaum ibu
selamat hari ibu mak ibu suri dan ibu suri jua menantu IM ayu..
JR tak sambut hari ibu, juga hari bapa dan tak pernah minta anak2 mengingatinya. Kerana bagi JR hari2 adalah hari ibu bapa...hari2...
Biasa la bang, kalau hari macam ni orang lelaki jarang yang concern.
Ibu suri ni tetap mengingati hari ibu, besday IM,... saya kagum!
kebanyakan wanita mmg mengambil tahu akan tarikh2 spt itu...dan kebanyakan lelaki pulak tak ambil tahu hehe..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
CR,
Memang. mutakhir ini IM akui dari satu sudut meraikan hari lahir atau hari ibu memberi kesan baik pada yang dirai. kenapa tidak kalau ianya sesuatu yang positif?
JR,
kalau betul setiap hari itu diraikan sebagai hari ibu, alangkah bagusnya. tetapi mesti ada juga satu hari yang istimewa berbanding hari lain. macam hari raya juga.
smbotak,
tak semua lelaki tak concern. sama seperti tak semua perempuan concern.
AO,
itu keistimewaan ibu_suri. dia ingat hampir kesemua tarikh lahir ahli keluarga malah sahabat handai.
kamsiah,
kebanyakannya...ya! IM salah seorang dari yang banyak itu... kesian ibu-suri ..he..he..
Catat Ulasan