Khamis, 16 Mei 2013

Idea

Aku ambil cuti semalam. Hantar ibu_suri ke Klinik kubang Semang untuk rutin pemeriksaan Hipertensi dan Diabetes.

"MasyaAllah, tekanan darah ibu tinggi sangat ni..!!" seru jururawat yang memeriksa. Dia terpaksa mencari cub yang lebih panjang kerana yang sedia ada tidak cukup untuk dililit ke lengan ibu_suri. Aku pun tetiba heran bagaimana dia boleh memanggil ibu_suri sebagai ibu. Hanya orang yang kenal rapat dengan ibu_suri saja yang selalunya menggelarkan ibu.

Diarah ke bilik rehat selama 1 jam dengan memakan sebiji pil. Tujuannya ialah untuk menurunkan tekanan darah. Kalau tidak juga turun, mungkin terpaksa dirujuk ke hospital, ujar doktor.

Dulu pun dah kena seperti itu sekali. Tahap diabetes ibu_suri memang selalunya ok. namun tidak dengan tekanan darah. Selalunya akan mendapat ceramah kelompok dari doktor. Yang terasa sakit batang hidung nanti -  aku lah - sebagai penjaga ibu_suri.

Bila balik, aku cuba berikir secara luar kotak - takkan nak biarkan macam ni selamanya? Tak ada cara lain
ke selain dari memakan ubat yang di saran doktor sejak bertahun-tahun  ini?

Ngeri bila terbayangkan gertakan doktor bahawa ibu_suri akan mudah menghadapi serangan stroke kali ke 2 yang selalunya lebih dasyat. Sedangkan kesan dari minor stroke begini yang hanya menuntut sekitar 50% dari masa dan tenaga aku menjaganya pun aku dah rasa jemu dan tepu inikan pula jikalau menuntut 100%.

Mungkin kalian ada idea. Janganlah idea yang besar-besar yang menuntut ratusan ringgit sebulan. Small ideas but practical... tak da ke?

9 ulasan:

Anonymous one berkata...

Saya xdak idea lagi.. nanti kalau ada saya kongsikan insyallah.

❤Kamsiah❤ berkata...

mungkin IM boleh bertanya pada yg lbh pakar
kenal tak blogger ni,sorg doc
yg rajin memberi nasihat

http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/

insan marhaen berkata...

AO,
TQ. Mungkin ada dalam website tapi IM malas nak godek godek.

Kamsiah,
Terima kasih pada link yang diberi. Sat g IM belayar ke sana.

pB berkata...

blend epal hijau dgn sebatang daun saleri. Minta Ibu Suri minum selang sehari. Cubalah

BungaTulip berkata...

Nak bagi tekanan darah turun boleh cuba petua orang kampung BT.rebus daun(pucuk yang muda) durian belanda kemudian minum air rebusan tu.

yang paling penting jaga pemakanan ibu suri..

Jay Ar berkata...

Payah nak bagi idea. Tak kan nak suruh joging, pantang makan dan jgn fikir bukan2, ia nasihat yg pemberi nasihat pun mungkin tak ikut....

S..U..D..@..I..S berkata...

kat sini pun boleh juga IM rujuk

http://drpakar.blogspot.com/

moga dapat membantu

Anonymous berkata...

Betul kata pB. Jiran saya menghidap darah tinggi juga amalkan yg sama dan alhamdulillah penyakitnya terkawal.

ANIM berkata...

Saya takde pengalaman tentang diabetes tu..hipertensi tu adalah.
Mungkin IM boleh rujuk mereka yg pakar seperti yg disarankan..