Halaman

Rabu, 15 Mei 2013

Tax


Ahad kelmarin adalah 12hb Mei - hari lahir aku. 

Aku sebenarnya tak kisah sangat bab-bab hari lahir ni. Sejak dari kecil lagi aku tak pernah diajar pun tentang adanya sambutan hari lahir. Keluarga susah katakan. 

Tapi budaya keluarga ibu_suri tidak pula begitu. Boleh dikatakan anak-anak saudaraku belah ibu_suri selalu mengadakan sambutan hari lahir. 

Tapi anak-anakku, tidak. Bagi aku semua hari adalah sama. 

Keistimewaan ibu_suri ialah dia ingat semua tarikh lahir ahli keluarganya, keluargaku malah kawan-kawan kami. 

Selepas menyambut hari lahir Marissa yang pertama, hari lahir Ayu, hari lahir Angah maka menjelang Ahad lepas 12 May, dia bertanya aku - nak sambutan yang bagaimana nanti di hari lahir abang? 

Aku senyum sahaja - ah.... tak payah la.

 "Tak... kena sambut la! Setahun sekali ajer." 

Sibuk dia beritahu Angah di mana nak sambut hari lahir ayahnya. 

"Kita buat kat pizza sajalah."

Kat Pizza Hut di Jusco, Bandar Perda memang ramai walaupun dah pertengahan bulan. Aku tak berapa suka ke Jusco kerana bagi aku tempat ini adalah tempat orang kaya-kaya. 

Aku tak makan banyak pun sebab sudah kenyang. Lagipun, bagi aku pizza di sini taklah sesedap mana. Cuma sekadar nak ambil hati ibu_suri dan Angah, aku makan ala kadarnya. Sambil makan aku belek-belek bil yang ada di meja. Cuba mencari, betul ke cukai GST sudah dikuatkuasakan seperti yang heboh di dalam fesbuk.












Tak salah lagi. Menjadikan jumlah semua tax adalah 16%. Maknanya, kalau harga makan aku tadi RM100, senang-senang kerajaan tax aku RM16.

Apa boleh buat. Dah terlepas peluang untuk hidup tanpa tax!

14 ulasan:

smbotak berkata...

6%=rm9.38
Boleh tampung saya punya makan tengahari dua kali...

❤Kamsiah❤ berkata...

saya suka buat majlis kat rumah..boleh sembang selama mana yg nak...masak2 sikit2...

Wak Gelas™ berkata...

buat kat masjid lg elok kanns..,

S..U..D..@..I..S berkata...

dah diberitahu disebarkan akan berlaku kenaikan harga barang, tapi apa boleh buat itu pilihan majoriti.

Anonymous berkata...

Nasi putih dan telor kicap makan ramai ramai laaaaagi sedap. Murah and no service tax! Tu untuk sayalah.....syukur Allah bagi rezeki

mama maman aka yana berkata...

dah start ke.. br2 nih diorg kata belum lg.. :(

ku-cit berkata...

belum start lagi...gst yg kat resit tu sebenarnya goverment service tax...slalunya kat resit tulis service tax tp kdg2 ada gak yg tulis gst....tp GST yg nk impliment sebenarnya tu GST-goods n service tax...

Anonymous berkata...

ku-cit...apa pulak belum start.
kat resit tu sah2 tulis subtotal RM156.40 + service charge 10% RM 15.64 + GST 6% 9.38= total(jumlah)RM 181.40
cuba tgk date 12 mei..tak kan IM nk tipu..tgk la dgn mata hati...kita skrg tinggal di BOLEHLAND

Anonymous one berkata...

hurmmm... nampaknya kena lah kita berbudi pada tanah ya IM.

harini hari nakbah

ku-cit berkata...

IM:
mmg betul dia tulis GST..tp GST 6% ni sebenarnya adalah service tax...tu yg ramai keliru... tax 6% ni mmg da lama dilaksanakn..dulu 5% aje tp da naik 6% start 2011..kalo IM perasaan kat bil astro, bil celcom atau mkn fastfood(kfc,mcd) dari dulu lg dah ada... tp GST yang ramai org bantah adalah GST=Goods and Service Tax...kalo nk lagi paham boleh baca kat sini http://oskortos.blogspot.com/2013/05/gst.html ...harap dapat membantu...tq

Jay Ar berkata...

Tadi jiran yg ada anak kecil beritau harga susu baby dah naik harga. JR cuma senyum, satu lagi hadiah utk pengundi..Pasti banyak lagi hadiah dari kerajaan lepas ini untuk pengundi2 setia...terima kasih kerajaan....

Anonymous berkata...

Klu brg naik kurangkanlah makan. Rakyat msia skrg ni dah ramsi yg obes dan berpenyakit. Ada hikmah brg naik tu. Sikit mkn penyakit kurang.

Anonymous berkata...

kenapalah nak salahkan kerajaan tentang kenaikan harga ..bukan ke semua itu bangsa cina yang menopoli syarikat tersebut..semua nak salahkan kerajaan lihatlah sesuatu dengan mata hati

Anonymous berkata...

Kami kt kl ni tak de pun brg naik. Mydin tu biasa je harganya.