Halaman

Selasa, 14 Mei 2013

Kayu Putih

Ntah kenapa ibu_suri hari ini asyik mengeluh dengan badannya yang terasa lemah.

"Tadi you makan nasi banyak agaknya," teka aku. "Sebab itu badan rasa lemah dan mengantuk."

Asyik berbaring di katil. Sesekali kedengaran keluar asuk nafasnya deras. Mengadu kaki dan lutunyanya yang sakit. Mengerang-ngerang bagai anak kecil. Aku sapukan minyak kayu putih di seratanya walaupun aku tahu kesan baiknya tak seberapa.

Kekadang, fikiran yang bukan-bukan menyelinap di otak. Aku selalu berdoa muga-muga kalau apapun yang akan berlaku aku akan tetap tabah dan gigih meneruskan kehidupan.

Aku sendiri pun sepatutnya menjaga diriku dan masa depan!

6 ulasan:

Anonymous berkata...

Pak IM, biarpun kesan minyak itu tak seberapa tapi usapan itu bagi seorang yang sakit amat melegakan. Muga Pak IM bertabah hati begitu juga ibu Suri.

❤Kamsiah❤ berkata...

minyak tu hanya pengantara ja..yg selebihnya dia mahukan perhatian dan sentuhan suaminya..

Anonymous one berkata...

Sian ibu suri, mungkin glukosa dalam darah tinggi sebab tu letih ja.. ya IM jaga diri dan optimis

S..U..D..@..I..S berkata...

Sentuhan dan belaian separuh dari ubat dan kelegaan wpon kita rasa tak seberapa.

Jay Ar berkata...

Sejak Ustaz Azizan koma di HPP bila org sebut tentang diabetes rasa ngeri semacam, sampai nak mkn benda2 yg glokosa tinggi pun dah takut...

iBu...gUru berkata...

selamat ulang tahun ........... moga dipanjamgkan usia