Halaman

Ahad, 12 Mei 2013

Generasi Y

Jumaat lepas, aku didatangi oleh seorang QA manager di ofis. Sekali sekala memang dia akan singgah. Kami bercakap-cakap tentang musik dan odit. Namun kali ini topiknya ialah tentang politik. 

Panjang bualan kami berkisar tentang isu berbangkit selepas PRU13. Dia melahirkan rasa bimbang tentang apa yang sedang digembar gemburkan oleh media perihal tsunami Cina. Dia heran, kenapa api perkauman ditiupkan semula setelah berjuta-juta wang dilaburkan untuk projek 1Malaysia? 

Dia menceritakan bagaimana ibubapanya dulu didatangkan ke Malaysia oleh penjajah dari Cina. Kemudiannya bekerja keras untuk membiayai pendidikan dia dan adik-adiknya hingga ke IPT dengan wang sendiri. Maklumlah, peluang mereka untuk ke pusat pengajian agak terbatas. Di kalangan mereka, berkongsi untuk membina sekolah sendiri. 

Tampak wajahnya merah menahan rasa bersalah sambil meminta maaf pabila topik kami itu menyentuh perihal Hudud, hak-hak Bumiputera dan Negara Islam. 

Aku menjawab setiap patah persoalan itu berhati-hati. Aku tahu dia jujur dalam berhujah dan aku pula perlu jujur dalam memberikan jawapan tanpa emosi. Masa inilah aku kira saat terbaik memperlihatkan sikap aku - seorang Melayu Muslim yang positif, matang dan terbuka. Ini peluang untuk aku berdakwah, sebenarnya.

Aku ceritakan padanya tentang kenapa kes pembuangan bayi berlaku di kalangan masyarakat Melayu sedangkan di kalangan bangsa Cina juga bukan sikit kes mengandung sebelum berkahwin. Juga aku lahirkan pandangan aku tentang persepsi negatif kaum Cina terhadap hukum Islam adalah kerana kurangnya pengetahuan masyarakat Cina mengenai Islam dek kurangnya pendedahan oleh orang Islam sendiri sedangkan Islam itu adalah agama rahmat bukan saja untuk manusia di atas bumi ini malah kepada segalaa kehidupan di atas dunia ini.

 "Ohh.... Ya, sekarang baru I nampak. You are right!"

Aku juga menerangkan tentang minda generasi aku dan sebelum aku yang sebenarnya telah 55 tahun di momokkan oleh media dengan perspektif yang orthodoks. 

Aku katakan pada dia... jangan bimbang. Generasi baru yang menggantikan kita akan lebih terbuka minda.

Lihat saja semasa kempen PRU baru-baru ini. Tampak jelas gaya pemikiran generasi muda sudah jauh melangkau metos dan sastera lama. 

Aku tak perlu mengambil contoh jauh. Jamaah di surau tempat kerja aku sendiri boleh dilihat bahawa rata-ratanya adalah generasi muda. Mereka inilah diharap akan bekerja keras untuk PRU14. 

5 tahun akan datang, aku akan memasuki gerbang warga emas. Aku percaya, waktu itu hasrat untuk melihat negara yang bersih dan telus akan tertunai!

5 ulasan:

Jay Ar berkata...

Mengapa bila org Cina tak sokong calon Cina MCA tapi sokong calon Melayu Pas/PKR mereka dikatakan rasis?

Mengapa dulu bila org Cina cuma sokong calon Cina MCA dan Gerakan mereka tak digelar rasis??

Pelik!

Anonymous berkata...

Hairan...sebelum piihanraya,macam2 ditohmah,komunis la,Sesat la.ekstrim la...
Bila dah piihan raya ajak bergabung pula..... sekelip mata kau berubah...
:-)

ANIM berkata...

singgah membaca IM...

insan marhaen berkata...

JR,
Otak kita telah lama di acu oleh BN sejak lahir...

Tanpa Nama,
Politik kekadang mengenepikan logik akal tetapi lebih kenapa nafsu.

Anim,
TQ...

Anonymous one berkata...

jom berusaha, AO lebih terbuka sekarang.. melihat apa yang jadi...bagi AO kita hendak berusaha.. insyallah!