Semalam aku temani ibu_suri dan bapa mertua menghadiri Mesyuarat Agong Koperasi bertempat di KOMTAR.
Aku dah lama tak jejak kaki ke tingkat-tingkat di KOMTAR. Aku tak tahu sangat jalan yang terbaik untuk ke bilik mesyuarat. Aku hanya ikut panduan yang bapa mertua aku berikan.
Perjalanan mesyuarat kali ini sungguh panas. Aku tahu ia adalah kesilapan memilih pengerusi mesyuarat yang tidak bijaksana dalam mengendali ahli yang kebanyakan 'mamak Penang' yang terkenal dengan mulut lantang dan kaki serbu. Hiruk pikuk suasana dalam mesyuarat hingga ada suara yang menyuruh pengerusi turun dan diganti orang lain.
Golongan muda di belakang hanya memerhati golongan tua bertelagah dan berdebat. Lebih-lebih lagi bila pembentangan Penyata Kewangan. Rata-rata ahli memberi amaran supaya Ahli Lembaga jangan sekali-kali songlap duit ahli. Aku diam saja sebab aku bukan ahli koperasi.
Lepas mesyuarat, masing-masing diberi elaun kehadiran RM150. Patutlah ramai yang hadir walaupun terpaksa bertongkat dan terkengkang. Beginilah sikap sesetengah orang kita. Kalaulah mesyuarat ini seperti mesyuarat NGO aku yang usahkan nak dapat elaun hadir mesyuarat; silap haribulan kena keluar duit poket pula untuk membayar kos makan dan sewa dewan.
Bapa mertua ada beritahu aku yang pernah satu ketika dulu panasnya mesyuarat koperasi ini hingga ke tahap baling kerusi!
7 ulasan:
wah...lagu kembara ni best...
Panasnya....
tak banyak beza dengan sidang kat parlimen...
Salam IM..
Biasa la... apa2 yg melibatkan duit memang selalu panas..
Despatch pun boleh gaduh berebut nak hantaq surat kat tempat jauh2 pasai claim lebih..
Makchaq masuk koperasi.. tapi tau jugak cerita..kat mana2 koperasi pun sama.. kehadiran kalau dpt duit memang ramai gagah pi..
Nampaknya seperti dah jadi tren pula, bila mesyuarat dpt duit. Org pergi bukan nak ketengahkan idea membaiki koperasi tapi cuma utk dpt duit supaya dlm perjaklanan balik sekurang2nya dpt makan nasi kandar di Line Clear...
IM, saya hanya menghadiri mesyuarat PIBG saja hee...
kenkadang panas juga bila GB dan YDP PIBG tak pandai cover..huhu
Assalamualaikum, saya singgah sambil tu follow blog ni :D
Catat Ulasan